Sunday, September 13, 2009

bila hati dah suka.....

salam....

bila hati dah suka, segala buruk nampak baik.
bila hati dah suka, apa yang si dia lakukan betul belaka.
bila hati dah suka, segalanya sanggup di korbankan.
bila hati dah suka, kita terima seadanya siapa si dia.

saya ada persoalan di sini. adakah bila kita bercouple kita akan sah2 menjadi suami isteri? adakah jodoh kita akan kekal sehingga ke akhirnya hanya kita hanyalah couple? persoalan ini sering saya fikirkan sejak akhir2 ini. sindrom angau barangkali.

kadang2 saya tertanya, bagaimana saya boleh menyuakai orang yang jauh dari apa yang saya impikan? nafsukah itu? mungkin.

saya pernah katakan, hati dan perasaan adalah sesuatu yang dapat di kawal. tetapi saya fikirkan semula kata2 saya itu. benarkah hati dan perasaan dapat di kawal? kalau dapat di kawal, kenapa saya sering gagal dalam mengawal perasaan saya? kenapa saya sering tewas di hambat perasaan sendiri?

jadi segala apa yang saya katakan sebelum ini adalah salah. hati dan perasaan adalah sesuatu yang susah di kawal. kadang2 mulut kita mengatakan semuanya dapat di kawal. terutama setelah kita putus cinta. tapi tanyalah hati kita. benar2 ok kah? atau sekadar kepura-puraan sahaja? sekadar mahu menyedapkan hati sendiri.

entah la. masih banyak persoalan yang bermain di fikiran saya. wallahualam.

Wednesday, September 9, 2009

maaf....

assalammualaikum....

maaf. itu yang saya mahu katakan terlebih dahulu. maaf kerana lama membiarkan blog ini tak terusik. saya agak sibuk dengan jadual saya sebagai pelajar. namun itu bukanlah alasan untuk saya untuk tidak mengupdate blog kesayangan saya ini. bukan. cuma sejak akhir2 ini saya sering fikirkan mengenai diri saya. kekuatan saya. kelemahan saya. kekurangan dan kelebihan saya.

saya kenang semula di saat saya dan sahabat saya mahu menubuhkan blog ini. kami sama2 katakan bahawa blog ini tujuannya untuk menolong golongan remaja. menolong golongan remaja dalam mengharungi dugaan dan cabaran di usia remaja ini. menolong menyelesaikan masalah mereka. dan macam2 lagilah. kami ketawa bersama mengenangkan matlamat kami itu.

saya yang pada mulanya menyangkan saya cukup kuat untuk semua itu, menawarkan diri untuk menjadikan 'motivator'. saay sangka saya sudah cukup baik, sudah cukup layah untuk semau itu. kerana pada kiraan sudah banyak saya lalui dalam hidup saya. atas sebab itu saya banyak membebel di sini.

namun sekarang, saya banyak menikirkan siapa 'saya'? adakah apa yang lalui adalah cukup untuk apa yang saya dan sahabat saya prjuangkan selama ini? adalah apa yang saya alami selama ini cukup untuk mengatakan bahawa saya faham setiap kehendak semua remaja di luap sana? dan yang paling baik, siapa 'saya' untuk menegur anda semua? siapa 'saya' jika saya masih lagi khilaf? masih lagi melakukan perkara yang saya sendiri tidak berkenan.

selesia solat, saya sering berdoa semoga ALLAh kuatkan hati saya. kuatkan diri saya semoga saya tak tergoda dengan kemanisan dunia. masih berpegang teguh dengan niat saya untuk menolong remaja seusia saya. sekarang, tangisan sering menjadi peneman saya usai solat. saya sering menangis mengenangkan saya tidaklah terlalu baik. mengenangkang saya seperti tidak layak untuk terus menasihati orang lain, jika diri saya masih tiada perubahan.

tangisan saya, saya simpan. saya sedar, saya bukanlah gadis yang terlalu baik. jika ada yang mengenali saya, tahulah siapa 'saya'. malunya saya. teramat malu. saya malu kepada diri saya.

saya masih lagi ingin membantu. tapi saya sedar, saya harus membantu diri saya terlebih dahulu. saya harus betulkan diri saya dahulu sebelum saya mahu membetulkan orang lain.

saya sedar, saya hanyalah insan biasa. yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan. tak dapat mengelak dari bisikan godaan dunia. jika penulisan saya tak dapat membantu orang lain, saya ambil ini sebagai membantu diri saya. pendinding diri saya. saya takut saya akan terus hanyut di buai keindahan dunia.

kepada ALLAH saya mengadu akan kekurangan diri. kelemahan diri saya yang nyata. kerana kepada DIA lah yang paling layak. biar air mata saya mengalir. jika itu dapat menenangkan hati saya. dan saya akan terus berdoa semoga saya tidak hanyut di dunia ini.

akhir sekali,hanya satu yang ingin saya katakan. maaf.

SALAM RAMADAN....
SNA....

Monday, August 17, 2009

warkah hawa buat adam.

salam....seperti yang di jajikan, warkah hawa buat adam saya paparkan buat anda. maaf di atas kelewatan. banyk prkar yang harus saya settlekan. harap ada perkongsian bersama.


WARKAH BUAT ADAM

BismillahiRahmaniRahim…
Didoakan semoga kalian beroleh selamat serta di bawah lindungan paying Rahmat Allah S.W.T…Aamin…

ADAM,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu…Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta dikala kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok, jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan serta pimpinan darimu..Sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku ‘buruan syaitan’!!!

ADAM,
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan bilangan kaumku melebihi kaummu di akhir zaman. Inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaumku mengatasi kaummu, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana. Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa… Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Qabil & Habil dan ianya berterusan sehinggalah zaman cucu-cicitnya. Dengan kelebihan bilangan kaumku ini, maka selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih dari satu, jika berkemampuan!!

ADAM,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkanku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi aku risau, gundah-gulana menyaksikan tingkah lakumu yang semakin jauh dari syariat apatah lagi akhlak junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W… Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti dan harus taat serta patuh kepadamu bilamana aku bergelar isterimu…Namun, terasa berat untuk menyatakakan kegusaranku….

ADAM,
Aku tahu bahawa engkau mengetahui bahawa ada termaktub di dalam kitab suci Al-Quran bahawa “Lelaki itu pemimpin bagi kaum wanita…” Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, mengawasiku serta membimbingku agar aku sentiasa berada di dalam redha tuhanku & tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang terjadi pada kaumku ini???!! Aku & kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang ditetapkan. Kerana itulah Muhammad kekasih Allah pernah menyatakan bahawa kaumkulah yang paling ramai menghuni neraka kerana kederhakaan terhadapmu!!! Namun, apa yang telah engkau lakukan untuk membimbing aku serta kaumku??!!! Aku tak sanggup menghadapi bahang neraka itu Adam!! Asalnya, Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah, jalan-jalan dan Bandar bukanlah tempatku! Jika terpaksa aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mestilah dibalut dari hujung rambut ke hujung kaki… Namun, realiti serta hakikatnya, aku berbuat lebih dari itu Adam!!!


ADAM,
Mengapa kau biarkan aku begini?? Aku menjadi ibu & guru terhadap anak-anakmu. Dalam waktu yang sama, aku keluar bekerja menampung pendapatanmu, aku menguruskan rumahtangga dan ketika itu jugalah aku ke medan menguruskan hal negara, ke hutan memikul senjata…sedangkan kau??? Duduk-duduk sahaja. Ada di antara kaummu yang menggangur, tidak bekerja. Adam, inilah realiti kaummu kini! Apa kau kini tidak lagi seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diriku? Lupakah engkau terhadap tanggungjawabmu, Adam?

ADAM,
Marahkah kau jika ku katakana andainya Hawa terpesong, Adamlah yang pertama sekali perlu dipersalahkan.. Mengapa Adam?? Kerana mana mungkin kayu yang bengkok mampu menghasilkan bayang yang lurus. Mana mungkin dengan akhlak mazmumahmu mampu menjadikan aku wanita solehah!! Adam, andainya kau melihat akhlak mazmumah pada kaumku, kau sepatutnya bersedih! Kerana ini telah membuktikan betapa gagalnya engkau menjadi pemimpin!! Gagalnya kau sebagai seorang ayah dan suami!!! Cuba renungkan kembali, mengapa beribu-ribu tahun dahulu terlalu banyak wanita-wanita solehah? Khadijah, Aisyah, Ummu Salamah, Fatimah, Ruqaiyah, Asiah, Nabila, Sumayyah dan banyak bilangannya sehingga tak mampu untukku abadikan namanya di sini…Mengapa Adam? Jawapannya mudah sekali Adam…mereka dipimpin oleh seorang yang terlalu baik akhlaknya junjungan besar Muhammad S.A.W. Baginda mendidik kaumku dengan penuh berhikmah serta di dalam diri baginda sendiri telah wujud uswah hasanah yang mampu dicontohi oleh para wanita itu…

ADAM,
Perhatikanlah dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammas S.A.W. terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya? Adakah engkau melayani kaumku sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah segala tindak-tandukmu mampu menjadi ikutan yang baik buatku??

ADAM,
Kau adalah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana engkau adalah ketua..jika kau benar, maka benarlah aku. Jika engkau terpesong dan lalai, maka aku lebih dari itu Adam! Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu! Dinisbahkan akalamu sembilan, nafsumu satu.Aku??? Akalku satu, nafsuku beribu!!

ADAM,
Pimpinlah aku dengan akhlak, ilmu, iman dan taqwamu…. Kerana aku sering lalai dan lupa..sering ditolak oleh nafsu dan konco-konconya. Aku kini hampir tenggelam. Pimpinlah aku menjauhi kemaksiatan terhadap Allah, bukan dengan menjerumuskan aku ke dalamnya! Akalku senipis rambutku, engkau tebalkan ia dengan ilmu. Hatiku yang rapuh bak kaca engkau kuatkan dengan iman. Perasaanku selembut sutera, bimbinglah aku agar menghiasinya dengan akhlah mahmudah.,..


ADAM,
Terlalu panjang rasanya lauhanku, moga dengan berakhirnya tintaku ini, maka turut berakhirlah episod silam, kejahilanmu dan bukalah lembaran baru dalam hidupmu agar mampu memimpinku ke landasan yang benar….Maafkanlah aku andai coretan ini menimbulkan amarahmu. Adam, untuk terakhirnya ingatlah jika engkau terasa jauh dari landasan Islam aku akan terasa lebih jauh dari itu, kerana engkau pemimpin dan aku adalah pengikutmu…

Dari teman yang kau pinta dahulu,
HAWA

Saturday, August 1, 2009

boleh tak??

Bismillahirrahmanirrahim...


Asslamualaikum...w.b.t

kali ini saya ingin kongsikan suatu jawapan kepada persoalan "Bolehkah kita bercinta sebelum kahwin??"..copy paste je.tapi saya rasa sangat bermanfaat..InsyaAllah..sama-sama la kongsi info ini..moga menjadi teladan sepanjang masa.

>>>>>>

ISLAM adalah agama fitrah. Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan Allah kepada manusia. Adalah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah cinta yang digunakan pada hari ini.

Apabila Adam diciptakan dan diciptakan pula Hawa di sisinya, maka ketika Adam bertanya kepada Hawa, "Siapa kamu? Jawab wanita itu, Aku Hawa dan aku dijadikan untukmu, supaya engkau rasa tenang terhadapku." Adam dicipta dalam syurga yang serba lengkap dan sempurna, tetapi tetap memerlukan seorang wanita sebagai pelengkap kehidupannya.

Kesimpulannya, cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)

Persoalan yang dilontarkan ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya jika istilah cinta itu dikupas. Menurut kamus kehidupan muda mudi hari ini, cinta itu membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya sebarang hubungan kekeluargaan (halal nikah) dan kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama, menghubungi satu sama lain sama ada melalui perbualan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan sebagainya.

Apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan bercinta sebelum berumah tangga.

Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.

Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama empat tahun, selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.

Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat.

Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya muhrim.

Jawapan disediakan pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr Hafidzi Mohd Noor, dengan kerjasama Wanita JIM. Sebarang komentar boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com

<<<<<<

sekian,Wassalamualaikum...

-pb-

Friday, July 31, 2009

Wanita

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...w.b.t..

kini,ingin saya postkan lirik lagu sebagai penyambung sebahagian apa yang telah di postkan oleh sahabat comel saya di bawah ini,hayatilah...
>>>>

kau digelar sebagai penyeri dunia,
hadirmu melengkap hubungan manusia,
bukan saja dirindui yang biasa,
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa,

Akalmu senipis bilahan rambut,
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang yang rapuh,
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh,

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat di bahu untuk dilindung,
dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi,

Mana mungkin,
Lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk,

Engkaulah wanita istimewa,

Didiklah wanita dengan keimanan,
bukannya harta ataupun pujian,
kelak tidak terlintang,
berharap pada yang binasa,

Sedarilah insan istimewa,
bawa kelembutan bukan kelemahan,
bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan,

<<<<

from: De hearty/Wanita

-pb-

Wassalamualaikum...

wahai gadis, jagalah maruahmu....

“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah dimiliki. Kerana berguguran di tanah. Tapi epal yang tak mampu di beli berada tinggi di puncak. Susah di petik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau. ‘kenapa diriku belum di petik?’lantas ia merendahkan martabatnya serta menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Hingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya insan yang benar2 hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia. Tapi di akhirat. Biar jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ilahi mengiringi.”

Saya terima mesej itu dari sahabat saya. Berulang kali saya membaca mesej itu. Amat mendalam makna di sebalik mesej tersebut. Mengumpamakan diri atau maruah seorang wanita seperti sebiji epal yang berkualiti. Tak perlu di terang lanjut. Anda si gadis mengerti apa maksud di sebalik ayat2 di atas itu.

Sekarang, sangat susah untuk kita menemui ‘gadis’. ‘Gadis’ dalam erti kata yang benar2 menjaga dirinya. Yang menunduk bila dipanah pandangan berhawa nafsu si lelaki. Yang menyusun langkah kakinya. Yang tidak menggunakan anugerah ciptaan ALLAH ke jalan yang salah.

Jika ada lelaki yang mengatakan bahawa senang menjadi perempuan, anda silap. Susah sebenarnya menjadi seorang perempuan. Perempuan sudah sejak azali lagi dilahirkan mempunyai nafsu yang banyak. Akalnya 1. Berbanding lelaki yang mempunyai akal 9, nafsu 1. Perempuan mudah mengikut hawa nafsu. Mungkin di sebabkan itulah Rasulullah ada mengatakan bahawa kaum hawa lebih ramai berada di neraka berbanding kaun adam.
Saya mungkin bukanlah epal yang berada di puncak sekali. Kerana kadang2 saya juga turut terleka dengan ‘kemanisan’ duniawi. Namun maruah saya masih terpelihara.
Mujurlah ada yang menyedarkan saya sebelum terlambat. Menyedarkan betapa pentingnya maruah seorang gadis. Maruah yang jika sekali hilang, tiada gunanya mencari baru. Kerana maruah bukan sesuatu yang boleh d cari ganti.

Zaman sekarang, maruah gadis boleh di perdagangkan. Nilai dara seorang gadis itu boleh di jual. Dara yang sepatutnya tak ternilai harganya. Kenapa gadis sekarang mudah benar menurut kata hawa nafsu?

Ada gadis yang sanggup menyerahkan segalanya demi ‘cintanya’ kepada sang kekasih. Menyerahkan apa yang patut di simpan demi membuktikan cintanya tidak boleh di ragui. Hingga sanggup tunduk melutut demi memastikan sang kekasih tidak meninggalkan dirinya. CINTA AGUNG KONONNYA. Sang kekasih apa lagi. Segala madu yang ada di hisap habis. Hingga tiada apa yang dapat si gadis banggakan lagi. Si gadis bukan gadis lagi. Ah. Tak mengapa. Demi sang kekasih, ‘si gadis’ sanggup lakukan apa sahaja.
Adakah mudah benar mendapat ‘maruah’ si gadis? Bagi si lelaki, anda tahu sangat mudah bukan? Kerana anda tahu kekuatan si gadis adalah kelemahannya. Berikan pujuk rayu. Ungkapkan kata indah. Dan taburkan janji2 kosong. Nescaya anda akan mendapat ‘maruah’ si gadis itu.

Saya bukan mengajar anda untuk menjadi si jantan keparat. Tapi itulah kenyataanya. Si gadis sanggup melakukan apa sahaja demi membuktikan cinta dan sayangnya kepada si lelaki. Mungkin bukan semua. Tapi kebanyakannya.

Wahai si gadis, tidak sedarkah anda permainan yang sering di mainkan oleh si lelaki? Mencari lelaki yang setia, yang tidak memandang susuk tubuh anda penuh berhawa nafsu ibaraf mencari permata di tengah lautan. Mencari lelaki yang benar2 jujur dengan setiap katanya ibarat mencari berlian di balik kaca. Kebanyakan lelaki hanya mahukan
apa yang patut kita simpan. Yang Patut kita jaga.

Saya bukanlah prejudis terhadap kaum adam. Tidak. Saya sedar kaum hawa juga banyak mempermainkan hati si adam.Tapi saya sedih melihat kaum hawa mudah benar menyerah segalanya demi membuktikan kasih dan cintanya kepada kekasih hati. Sebegini murahkah maruah seorang gadis?

Tidak kira gadis yang bertudung litup atau tidak. Sama sahaja. Yang lebih memalukan bagi gadis yang manis bertudung, tapi rela ‘diterokai’ oleh kekasih hati. Amat memalukan. Tudung di kepala menggambarkan seolah2 gadis yang solehah. Menutup aurat. Tetapi melakukan perbuatan yang terkutuk. Perbuatan yang pada saya menghina agama Islam.

Tidak perlu mengikut budaya barat yang jauh menyimpang dari ajaran junjungan besar kita. Apa yang telah di atur ALLAH adalah sebaiknya. Maruah bukan untuk di perdagangkan. Tapi untuk di simpan. Hanya untuk yang layak sahaja.

Sabagai gadis, anda harus lebih menyayangi maruah anda lebih dari kekasih anda. Kekasih datang bersilih ganti. Tetapi maruah sekali hilang, hilang lah buat selamanya. Jangan bila ‘aksi’ anda tersebar, baru menangis dan menyesal. Hingga saat itu, tiada apa yang mampu di lakukan lagi selain menananggung malu teramat sangat.
Sedarlah wahai si gadis. Jagalah maruah mu. Jagalah badan mu. Jangan mudah benar menyerah maruah anda. Hingga akhirnya anda juga yang bakal menanggung malu. Jadilah seperti epal yang di puncak. Yang mendapat matahari secukupnya, yang di sapa embun terlebih dahulu, yang dapat melihat keseluruhan alam dengan jelas. Bukan epal yang di bawah sekali. Yang dapat di sentuh, di belai sesuka hati, yang jarang mendapat cahaya matahari, menerima embun terakhir sekali. Dan akhirnya akan jatuh menyembah bumi. Gugur sebagai epal yang rosak.

Sama2lah kita menjaga maruah kita. Kerana kita sebagai manusia biasa sering terlupa. Sering terleka dengan kemanisan dunia. Gadis yang baik untuk lelaki yang baik. Itu janji ALLAH. Dan janji ALLAH itu pasti

(SNA)

Thursday, July 30, 2009

warkah buat hawa dari adam.......




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani…Didoakan moga kalian berada di bawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.

HAWA,
Maafkan aku kiranya coretan ini bias mengguris hatimu…Meskipun ku tahu jiwamu selembut sutera bisa hancur luluh hatimu dengan kata-kata yang bakal aku ungkapkan ini. Namun mengertilah HAWA…kerana kaulah pengubat kesunyian sewaktu aku di syurga.. dan engkau berasal dari tulang rusukku yang bengkok, kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya, lantas ku gagahi jua diri ini…

HAWA,
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan bilangan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini.. Itulah kebesaran serta penelitian Allah di dalam urusanNya… Bayangkanlah Hawa..sekiranya kaumku melebihi kaunmu, pasti dunia ini akan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna kesuraman lantaran kekejaman serta penindasan kerana dirimu…

HAWA,
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda saat ini..Tapi permintaanku duhai Hawa… cubalah renungkan jua yang sebenarnya dirimu kian berubah… Tidakkah engkau mengerti bahawa dirimu adalah seumpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata..namun bukan perhiasan semata.. Duri-duri yang melingkari dirimu, itulah hijab buatmu yang digariskan Allah sebagai perlindung atau perisai yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Di situlah nilai seorang wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkannya terdedah..terdedah kepada kami…kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu yang umpama bahan yang mudah diperkotak-katikkan.. Dimana-mana sahaja bisa ku lihat kaummu menghayun langkah bukan sebaik dulu lagi.. langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang kau kejari? Ku sendiri tidak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-temanku yang lain. Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi, diiringi gelak tawa yang cukup menyakitkan mata dan memedihkan telinga.. Sedarkah kau Hawa? Haruskah kau terima hakikat bahawa kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah aku tunjukkan kepadamu dulu!!!!

HAWA,
Mengapa dirimu kini mesti menjadi tontonan ramai?!! Perlukah kau hiaskan dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan kau miliki dari pelbagai cirri-ciri yang ditegah Islam! Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan sepertimana yang pernah ku alami suatu ketika dahulu… di mana kaum Hawa mempersiapkan diri sekemas dan sederhana yang mungkin.. Cukup ku rasakan kehadiranmu saat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan yang kau miliki sedangkan kau tahu dirimu adalah fitnah.. Fahamilah Hawa… usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi dan menjejaki syaitan yang sentiasa meletakkanmu seperti butir peluru yang bisa hinggap di mana sahaja dan meninggalkan fitnah buat kaumku ini!!!

HAWA,
Betapa sakit dan pedihnya hatiku di saat ku lihat auratmu menjala di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa... suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadap kaummu yang ku kira paling hebat!! Apa tidaknya seurat rambutmu yang dijamah oleh padangan kaumku, ular menanti dimana-mana..sejengkal tanganmu yang kelihatan..aduh!! Banyaknya seksaan yang menanti buatmu… Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat bahawa apa yang perlu kau jaga sebagai seorang wanita ialah auratmu, maruahmu!! Dimanakah maruahmu andai auratmu terpamer di mana-mana?

HAWA,
Tidakkah kau malu terhadap penipuan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri.. di bumi barakah ini..auratmu kau selindungkan di sebalik pemakaian di atas dasar peraturan yang harus kau laksanakan… tapi nun jauh di luar sana..tersentak diriku tatkala meihat dirimu yang jauh berbeza.. ke mana tudung litupmu? Jilbabmu? Apatah lagi tingkah lakumu!!! Di mana hilangnya martabat seorang hafizah yang bibirnya sentiasa basah dengan kalamullah???

HAWA,
Tutuplah auratmu, jagalah dirimu… bertuturlah dengan lemah-lembut tapi bukan dengan lemah-gemalai! Jika terlanjur, ini bisa membawa dosa padamu jua padaku…. Jangan kau perlihatkan apa yang patut kau sembunyikan… tapi ingatlah…cukup sekadar kedua tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan..Bukan kakimu..bukan jua tanganmu..Ingatlah tuhanmu dan tuhanku ada mengatakan:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan meeka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya..” (An-Nur:21)

HAWA,
Andai kau masih belum dimiliki..usahlah kau risau akan jodohmu…ingatlah bahawa janji Allah itu pasti.. “Wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik”. Janganlah kau menggadaikan maruahmu hanya semata-mata untukku..jangan mengenakan busana yang menjolok mata hanya untuk memancingku… kerana kau hanya menarik nafsuku, bukannya hatiku… Jangan sesekali kau bisa mengaturkan pertemuan denganku Hawa kerana aku bimbang kita akan terjerumus ke kancah maksiat…

HAWA,
Mungkin ku harus hentikan bicara ini di sini dahulu… Andai diizinkan Allah, kita bersua lagi di lain lembaran dan yang pastinya kau akan tetap ku bimbingi. Harapanku…muncullah secebis kesedaran di hatimu… dan aku doakan moga Allah membuka hatimu untuk mencetuskan anjakan paradigma kerana darimu akan lahirnya mujadid serta mujahid Islam….<<>>

(aktikel ini bukanlah dari hasil kerja saya. tapi saya ambil dari sahabat saya. terima kasih buat beliau. dan harapan saya seperti biasa, apa yang tercatit di atas menjadi panduan kita hendaknya. warkah hawa buat adam bakal menyusul selepas ini.)