Monday, August 17, 2009

warkah hawa buat adam.

salam....seperti yang di jajikan, warkah hawa buat adam saya paparkan buat anda. maaf di atas kelewatan. banyk prkar yang harus saya settlekan. harap ada perkongsian bersama.


WARKAH BUAT ADAM

BismillahiRahmaniRahim…
Didoakan semoga kalian beroleh selamat serta di bawah lindungan paying Rahmat Allah S.W.T…Aamin…

ADAM,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu…Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta dikala kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok, jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan serta pimpinan darimu..Sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku ‘buruan syaitan’!!!

ADAM,
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan bilangan kaumku melebihi kaummu di akhir zaman. Inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaumku mengatasi kaummu, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana. Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa… Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Qabil & Habil dan ianya berterusan sehinggalah zaman cucu-cicitnya. Dengan kelebihan bilangan kaumku ini, maka selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih dari satu, jika berkemampuan!!

ADAM,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkanku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi aku risau, gundah-gulana menyaksikan tingkah lakumu yang semakin jauh dari syariat apatah lagi akhlak junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W… Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti dan harus taat serta patuh kepadamu bilamana aku bergelar isterimu…Namun, terasa berat untuk menyatakakan kegusaranku….

ADAM,
Aku tahu bahawa engkau mengetahui bahawa ada termaktub di dalam kitab suci Al-Quran bahawa “Lelaki itu pemimpin bagi kaum wanita…” Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, mengawasiku serta membimbingku agar aku sentiasa berada di dalam redha tuhanku & tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang terjadi pada kaumku ini???!! Aku & kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang ditetapkan. Kerana itulah Muhammad kekasih Allah pernah menyatakan bahawa kaumkulah yang paling ramai menghuni neraka kerana kederhakaan terhadapmu!!! Namun, apa yang telah engkau lakukan untuk membimbing aku serta kaumku??!!! Aku tak sanggup menghadapi bahang neraka itu Adam!! Asalnya, Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah, jalan-jalan dan Bandar bukanlah tempatku! Jika terpaksa aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mestilah dibalut dari hujung rambut ke hujung kaki… Namun, realiti serta hakikatnya, aku berbuat lebih dari itu Adam!!!


ADAM,
Mengapa kau biarkan aku begini?? Aku menjadi ibu & guru terhadap anak-anakmu. Dalam waktu yang sama, aku keluar bekerja menampung pendapatanmu, aku menguruskan rumahtangga dan ketika itu jugalah aku ke medan menguruskan hal negara, ke hutan memikul senjata…sedangkan kau??? Duduk-duduk sahaja. Ada di antara kaummu yang menggangur, tidak bekerja. Adam, inilah realiti kaummu kini! Apa kau kini tidak lagi seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diriku? Lupakah engkau terhadap tanggungjawabmu, Adam?

ADAM,
Marahkah kau jika ku katakana andainya Hawa terpesong, Adamlah yang pertama sekali perlu dipersalahkan.. Mengapa Adam?? Kerana mana mungkin kayu yang bengkok mampu menghasilkan bayang yang lurus. Mana mungkin dengan akhlak mazmumahmu mampu menjadikan aku wanita solehah!! Adam, andainya kau melihat akhlak mazmumah pada kaumku, kau sepatutnya bersedih! Kerana ini telah membuktikan betapa gagalnya engkau menjadi pemimpin!! Gagalnya kau sebagai seorang ayah dan suami!!! Cuba renungkan kembali, mengapa beribu-ribu tahun dahulu terlalu banyak wanita-wanita solehah? Khadijah, Aisyah, Ummu Salamah, Fatimah, Ruqaiyah, Asiah, Nabila, Sumayyah dan banyak bilangannya sehingga tak mampu untukku abadikan namanya di sini…Mengapa Adam? Jawapannya mudah sekali Adam…mereka dipimpin oleh seorang yang terlalu baik akhlaknya junjungan besar Muhammad S.A.W. Baginda mendidik kaumku dengan penuh berhikmah serta di dalam diri baginda sendiri telah wujud uswah hasanah yang mampu dicontohi oleh para wanita itu…

ADAM,
Perhatikanlah dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammas S.A.W. terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya? Adakah engkau melayani kaumku sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah segala tindak-tandukmu mampu menjadi ikutan yang baik buatku??

ADAM,
Kau adalah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana engkau adalah ketua..jika kau benar, maka benarlah aku. Jika engkau terpesong dan lalai, maka aku lebih dari itu Adam! Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu! Dinisbahkan akalamu sembilan, nafsumu satu.Aku??? Akalku satu, nafsuku beribu!!

ADAM,
Pimpinlah aku dengan akhlak, ilmu, iman dan taqwamu…. Kerana aku sering lalai dan lupa..sering ditolak oleh nafsu dan konco-konconya. Aku kini hampir tenggelam. Pimpinlah aku menjauhi kemaksiatan terhadap Allah, bukan dengan menjerumuskan aku ke dalamnya! Akalku senipis rambutku, engkau tebalkan ia dengan ilmu. Hatiku yang rapuh bak kaca engkau kuatkan dengan iman. Perasaanku selembut sutera, bimbinglah aku agar menghiasinya dengan akhlah mahmudah.,..


ADAM,
Terlalu panjang rasanya lauhanku, moga dengan berakhirnya tintaku ini, maka turut berakhirlah episod silam, kejahilanmu dan bukalah lembaran baru dalam hidupmu agar mampu memimpinku ke landasan yang benar….Maafkanlah aku andai coretan ini menimbulkan amarahmu. Adam, untuk terakhirnya ingatlah jika engkau terasa jauh dari landasan Islam aku akan terasa lebih jauh dari itu, kerana engkau pemimpin dan aku adalah pengikutmu…

Dari teman yang kau pinta dahulu,
HAWA

0 crazies: