Sunday, September 13, 2009

bila hati dah suka.....

salam....

bila hati dah suka, segala buruk nampak baik.
bila hati dah suka, apa yang si dia lakukan betul belaka.
bila hati dah suka, segalanya sanggup di korbankan.
bila hati dah suka, kita terima seadanya siapa si dia.

saya ada persoalan di sini. adakah bila kita bercouple kita akan sah2 menjadi suami isteri? adakah jodoh kita akan kekal sehingga ke akhirnya hanya kita hanyalah couple? persoalan ini sering saya fikirkan sejak akhir2 ini. sindrom angau barangkali.

kadang2 saya tertanya, bagaimana saya boleh menyuakai orang yang jauh dari apa yang saya impikan? nafsukah itu? mungkin.

saya pernah katakan, hati dan perasaan adalah sesuatu yang dapat di kawal. tetapi saya fikirkan semula kata2 saya itu. benarkah hati dan perasaan dapat di kawal? kalau dapat di kawal, kenapa saya sering gagal dalam mengawal perasaan saya? kenapa saya sering tewas di hambat perasaan sendiri?

jadi segala apa yang saya katakan sebelum ini adalah salah. hati dan perasaan adalah sesuatu yang susah di kawal. kadang2 mulut kita mengatakan semuanya dapat di kawal. terutama setelah kita putus cinta. tapi tanyalah hati kita. benar2 ok kah? atau sekadar kepura-puraan sahaja? sekadar mahu menyedapkan hati sendiri.

entah la. masih banyak persoalan yang bermain di fikiran saya. wallahualam.

5 crazies:

ALFEEQA suatu kisah said...

Cinta tu fitrah insani. Allah yang kurniakan. Tapi kita yang harus 'handle' perasaan tu dgn akal dan iman, bukan nafsu semata-mata.

(mIsS AsHy)musafir di bumi ALLAH said...

terkadang kita sbg manusia biasa keliru antara cinta nafsu atau cnta sjati......

cHe LaN said...

bercinta kerana Allah..
bkan kerana nafsu serakah..

AIEN NOT ALIEN said...

cinta seikhlas hati...

sayang seikhlas janji....

suka tak bermakna cinta...

Iwanski said...

kerana dirimu, begitu berharga...