Sunday, November 30, 2008

apa itu cinta???

C=cukup menyakitkan?
I=indah ke?
N=nikmat?
T=terlalu sengsara?
A=amat pedih?


apa-apa pun yang kita fikir tentang cinta,
terpulang lah kepada individu untuk menafsirkan sendiri cinta itu bagaimana.
Cinta itu akan menjadi sakit apabila kita dahulu yang menyakitkan orang.
Cinta itu akan menjadi indah bila kita tahu erti cinta. Cinta itu akan menjadi nikmat apabila kita menghayati nilai sebuah ikatan percintaan.
Cinta akan berubah menjadi bahagia bila kita berpada-pada dalam bercinta dan cinta akan menjadi nyata apabila kita sedar bahawa seagung-agung cinta adalah cinta pada yang esa...

Curi Kenderaan
----------------------
Tempat di mana kecurian kerap berlaku
-----------------------------------------
>Tempat letak kereta awam
>Kompleks membeli-belah
>Di hadapan rumah, tepi jalan raya
>Tempat letak kereta di hotel-hotel

Faktor berlaku kecurian
----------------------------
>Tidak dikunci
>Tiada kunci tambahan
>Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
>Meninggalkan barang berharga di motosikal

Bagaimana mencegah kecurian kereta
-----------------------------------------
>Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
>Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci
>Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang berlampu
>Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis
>Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta
>Adalah lebih baik untuk menukar nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting')
>Bersiap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.
>Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)

Bagaimana mencegah kecurian motosikal
-----------------------------------------
>Letak motosikal ditempat yang dikhaskan.
>Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
>Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
>Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
>Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada
bahagian-bahagian yang jelas dilihat.