Sunday, November 30, 2008

Curi Kenderaan
----------------------
Tempat di mana kecurian kerap berlaku
-----------------------------------------
>Tempat letak kereta awam
>Kompleks membeli-belah
>Di hadapan rumah, tepi jalan raya
>Tempat letak kereta di hotel-hotel

Faktor berlaku kecurian
----------------------------
>Tidak dikunci
>Tiada kunci tambahan
>Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
>Meninggalkan barang berharga di motosikal

Bagaimana mencegah kecurian kereta
-----------------------------------------
>Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
>Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci
>Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang berlampu
>Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis
>Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta
>Adalah lebih baik untuk menukar nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting')
>Bersiap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.
>Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)

Bagaimana mencegah kecurian motosikal
-----------------------------------------
>Letak motosikal ditempat yang dikhaskan.
>Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
>Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
>Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
>Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada
bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

0 crazies: