Sunday, September 13, 2009

bila hati dah suka.....

salam....

bila hati dah suka, segala buruk nampak baik.
bila hati dah suka, apa yang si dia lakukan betul belaka.
bila hati dah suka, segalanya sanggup di korbankan.
bila hati dah suka, kita terima seadanya siapa si dia.

saya ada persoalan di sini. adakah bila kita bercouple kita akan sah2 menjadi suami isteri? adakah jodoh kita akan kekal sehingga ke akhirnya hanya kita hanyalah couple? persoalan ini sering saya fikirkan sejak akhir2 ini. sindrom angau barangkali.

kadang2 saya tertanya, bagaimana saya boleh menyuakai orang yang jauh dari apa yang saya impikan? nafsukah itu? mungkin.

saya pernah katakan, hati dan perasaan adalah sesuatu yang dapat di kawal. tetapi saya fikirkan semula kata2 saya itu. benarkah hati dan perasaan dapat di kawal? kalau dapat di kawal, kenapa saya sering gagal dalam mengawal perasaan saya? kenapa saya sering tewas di hambat perasaan sendiri?

jadi segala apa yang saya katakan sebelum ini adalah salah. hati dan perasaan adalah sesuatu yang susah di kawal. kadang2 mulut kita mengatakan semuanya dapat di kawal. terutama setelah kita putus cinta. tapi tanyalah hati kita. benar2 ok kah? atau sekadar kepura-puraan sahaja? sekadar mahu menyedapkan hati sendiri.

entah la. masih banyak persoalan yang bermain di fikiran saya. wallahualam.

Wednesday, September 9, 2009

maaf....

assalammualaikum....

maaf. itu yang saya mahu katakan terlebih dahulu. maaf kerana lama membiarkan blog ini tak terusik. saya agak sibuk dengan jadual saya sebagai pelajar. namun itu bukanlah alasan untuk saya untuk tidak mengupdate blog kesayangan saya ini. bukan. cuma sejak akhir2 ini saya sering fikirkan mengenai diri saya. kekuatan saya. kelemahan saya. kekurangan dan kelebihan saya.

saya kenang semula di saat saya dan sahabat saya mahu menubuhkan blog ini. kami sama2 katakan bahawa blog ini tujuannya untuk menolong golongan remaja. menolong golongan remaja dalam mengharungi dugaan dan cabaran di usia remaja ini. menolong menyelesaikan masalah mereka. dan macam2 lagilah. kami ketawa bersama mengenangkan matlamat kami itu.

saya yang pada mulanya menyangkan saya cukup kuat untuk semua itu, menawarkan diri untuk menjadikan 'motivator'. saay sangka saya sudah cukup baik, sudah cukup layah untuk semau itu. kerana pada kiraan sudah banyak saya lalui dalam hidup saya. atas sebab itu saya banyak membebel di sini.

namun sekarang, saya banyak menikirkan siapa 'saya'? adakah apa yang lalui adalah cukup untuk apa yang saya dan sahabat saya prjuangkan selama ini? adalah apa yang saya alami selama ini cukup untuk mengatakan bahawa saya faham setiap kehendak semua remaja di luap sana? dan yang paling baik, siapa 'saya' untuk menegur anda semua? siapa 'saya' jika saya masih lagi khilaf? masih lagi melakukan perkara yang saya sendiri tidak berkenan.

selesia solat, saya sering berdoa semoga ALLAh kuatkan hati saya. kuatkan diri saya semoga saya tak tergoda dengan kemanisan dunia. masih berpegang teguh dengan niat saya untuk menolong remaja seusia saya. sekarang, tangisan sering menjadi peneman saya usai solat. saya sering menangis mengenangkan saya tidaklah terlalu baik. mengenangkang saya seperti tidak layak untuk terus menasihati orang lain, jika diri saya masih tiada perubahan.

tangisan saya, saya simpan. saya sedar, saya bukanlah gadis yang terlalu baik. jika ada yang mengenali saya, tahulah siapa 'saya'. malunya saya. teramat malu. saya malu kepada diri saya.

saya masih lagi ingin membantu. tapi saya sedar, saya harus membantu diri saya terlebih dahulu. saya harus betulkan diri saya dahulu sebelum saya mahu membetulkan orang lain.

saya sedar, saya hanyalah insan biasa. yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan. tak dapat mengelak dari bisikan godaan dunia. jika penulisan saya tak dapat membantu orang lain, saya ambil ini sebagai membantu diri saya. pendinding diri saya. saya takut saya akan terus hanyut di buai keindahan dunia.

kepada ALLAH saya mengadu akan kekurangan diri. kelemahan diri saya yang nyata. kerana kepada DIA lah yang paling layak. biar air mata saya mengalir. jika itu dapat menenangkan hati saya. dan saya akan terus berdoa semoga saya tidak hanyut di dunia ini.

akhir sekali,hanya satu yang ingin saya katakan. maaf.

SALAM RAMADAN....
SNA....

Monday, August 17, 2009

warkah hawa buat adam.

salam....seperti yang di jajikan, warkah hawa buat adam saya paparkan buat anda. maaf di atas kelewatan. banyk prkar yang harus saya settlekan. harap ada perkongsian bersama.


WARKAH BUAT ADAM

BismillahiRahmaniRahim…
Didoakan semoga kalian beroleh selamat serta di bawah lindungan paying Rahmat Allah S.W.T…Aamin…

ADAM,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu…Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta dikala kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok, jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan serta pimpinan darimu..Sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku ‘buruan syaitan’!!!

ADAM,
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan bilangan kaumku melebihi kaummu di akhir zaman. Inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaumku mengatasi kaummu, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana. Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa… Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Qabil & Habil dan ianya berterusan sehinggalah zaman cucu-cicitnya. Dengan kelebihan bilangan kaumku ini, maka selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih dari satu, jika berkemampuan!!

ADAM,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkanku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi aku risau, gundah-gulana menyaksikan tingkah lakumu yang semakin jauh dari syariat apatah lagi akhlak junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W… Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti dan harus taat serta patuh kepadamu bilamana aku bergelar isterimu…Namun, terasa berat untuk menyatakakan kegusaranku….

ADAM,
Aku tahu bahawa engkau mengetahui bahawa ada termaktub di dalam kitab suci Al-Quran bahawa “Lelaki itu pemimpin bagi kaum wanita…” Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, mengawasiku serta membimbingku agar aku sentiasa berada di dalam redha tuhanku & tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang terjadi pada kaumku ini???!! Aku & kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang ditetapkan. Kerana itulah Muhammad kekasih Allah pernah menyatakan bahawa kaumkulah yang paling ramai menghuni neraka kerana kederhakaan terhadapmu!!! Namun, apa yang telah engkau lakukan untuk membimbing aku serta kaumku??!!! Aku tak sanggup menghadapi bahang neraka itu Adam!! Asalnya, Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah, jalan-jalan dan Bandar bukanlah tempatku! Jika terpaksa aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mestilah dibalut dari hujung rambut ke hujung kaki… Namun, realiti serta hakikatnya, aku berbuat lebih dari itu Adam!!!


ADAM,
Mengapa kau biarkan aku begini?? Aku menjadi ibu & guru terhadap anak-anakmu. Dalam waktu yang sama, aku keluar bekerja menampung pendapatanmu, aku menguruskan rumahtangga dan ketika itu jugalah aku ke medan menguruskan hal negara, ke hutan memikul senjata…sedangkan kau??? Duduk-duduk sahaja. Ada di antara kaummu yang menggangur, tidak bekerja. Adam, inilah realiti kaummu kini! Apa kau kini tidak lagi seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diriku? Lupakah engkau terhadap tanggungjawabmu, Adam?

ADAM,
Marahkah kau jika ku katakana andainya Hawa terpesong, Adamlah yang pertama sekali perlu dipersalahkan.. Mengapa Adam?? Kerana mana mungkin kayu yang bengkok mampu menghasilkan bayang yang lurus. Mana mungkin dengan akhlak mazmumahmu mampu menjadikan aku wanita solehah!! Adam, andainya kau melihat akhlak mazmumah pada kaumku, kau sepatutnya bersedih! Kerana ini telah membuktikan betapa gagalnya engkau menjadi pemimpin!! Gagalnya kau sebagai seorang ayah dan suami!!! Cuba renungkan kembali, mengapa beribu-ribu tahun dahulu terlalu banyak wanita-wanita solehah? Khadijah, Aisyah, Ummu Salamah, Fatimah, Ruqaiyah, Asiah, Nabila, Sumayyah dan banyak bilangannya sehingga tak mampu untukku abadikan namanya di sini…Mengapa Adam? Jawapannya mudah sekali Adam…mereka dipimpin oleh seorang yang terlalu baik akhlaknya junjungan besar Muhammad S.A.W. Baginda mendidik kaumku dengan penuh berhikmah serta di dalam diri baginda sendiri telah wujud uswah hasanah yang mampu dicontohi oleh para wanita itu…

ADAM,
Perhatikanlah dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammas S.A.W. terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya? Adakah engkau melayani kaumku sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah segala tindak-tandukmu mampu menjadi ikutan yang baik buatku??

ADAM,
Kau adalah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana engkau adalah ketua..jika kau benar, maka benarlah aku. Jika engkau terpesong dan lalai, maka aku lebih dari itu Adam! Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu! Dinisbahkan akalamu sembilan, nafsumu satu.Aku??? Akalku satu, nafsuku beribu!!

ADAM,
Pimpinlah aku dengan akhlak, ilmu, iman dan taqwamu…. Kerana aku sering lalai dan lupa..sering ditolak oleh nafsu dan konco-konconya. Aku kini hampir tenggelam. Pimpinlah aku menjauhi kemaksiatan terhadap Allah, bukan dengan menjerumuskan aku ke dalamnya! Akalku senipis rambutku, engkau tebalkan ia dengan ilmu. Hatiku yang rapuh bak kaca engkau kuatkan dengan iman. Perasaanku selembut sutera, bimbinglah aku agar menghiasinya dengan akhlah mahmudah.,..


ADAM,
Terlalu panjang rasanya lauhanku, moga dengan berakhirnya tintaku ini, maka turut berakhirlah episod silam, kejahilanmu dan bukalah lembaran baru dalam hidupmu agar mampu memimpinku ke landasan yang benar….Maafkanlah aku andai coretan ini menimbulkan amarahmu. Adam, untuk terakhirnya ingatlah jika engkau terasa jauh dari landasan Islam aku akan terasa lebih jauh dari itu, kerana engkau pemimpin dan aku adalah pengikutmu…

Dari teman yang kau pinta dahulu,
HAWA

Saturday, August 1, 2009

boleh tak??

Bismillahirrahmanirrahim...


Asslamualaikum...w.b.t

kali ini saya ingin kongsikan suatu jawapan kepada persoalan "Bolehkah kita bercinta sebelum kahwin??"..copy paste je.tapi saya rasa sangat bermanfaat..InsyaAllah..sama-sama la kongsi info ini..moga menjadi teladan sepanjang masa.

>>>>>>

ISLAM adalah agama fitrah. Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan Allah kepada manusia. Adalah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah cinta yang digunakan pada hari ini.

Apabila Adam diciptakan dan diciptakan pula Hawa di sisinya, maka ketika Adam bertanya kepada Hawa, "Siapa kamu? Jawab wanita itu, Aku Hawa dan aku dijadikan untukmu, supaya engkau rasa tenang terhadapku." Adam dicipta dalam syurga yang serba lengkap dan sempurna, tetapi tetap memerlukan seorang wanita sebagai pelengkap kehidupannya.

Kesimpulannya, cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)

Persoalan yang dilontarkan ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya jika istilah cinta itu dikupas. Menurut kamus kehidupan muda mudi hari ini, cinta itu membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya sebarang hubungan kekeluargaan (halal nikah) dan kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama, menghubungi satu sama lain sama ada melalui perbualan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan sebagainya.

Apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan bercinta sebelum berumah tangga.

Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.

Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama empat tahun, selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.

Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat.

Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya muhrim.

Jawapan disediakan pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr Hafidzi Mohd Noor, dengan kerjasama Wanita JIM. Sebarang komentar boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com

<<<<<<

sekian,Wassalamualaikum...

-pb-

Friday, July 31, 2009

Wanita

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...w.b.t..

kini,ingin saya postkan lirik lagu sebagai penyambung sebahagian apa yang telah di postkan oleh sahabat comel saya di bawah ini,hayatilah...
>>>>

kau digelar sebagai penyeri dunia,
hadirmu melengkap hubungan manusia,
bukan saja dirindui yang biasa,
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa,

Akalmu senipis bilahan rambut,
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang yang rapuh,
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh,

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat di bahu untuk dilindung,
dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi,

Mana mungkin,
Lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk,

Engkaulah wanita istimewa,

Didiklah wanita dengan keimanan,
bukannya harta ataupun pujian,
kelak tidak terlintang,
berharap pada yang binasa,

Sedarilah insan istimewa,
bawa kelembutan bukan kelemahan,
bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan,

<<<<

from: De hearty/Wanita

-pb-

Wassalamualaikum...

wahai gadis, jagalah maruahmu....

“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah dimiliki. Kerana berguguran di tanah. Tapi epal yang tak mampu di beli berada tinggi di puncak. Susah di petik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau. ‘kenapa diriku belum di petik?’lantas ia merendahkan martabatnya serta menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Hingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya insan yang benar2 hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia. Tapi di akhirat. Biar jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ilahi mengiringi.”

Saya terima mesej itu dari sahabat saya. Berulang kali saya membaca mesej itu. Amat mendalam makna di sebalik mesej tersebut. Mengumpamakan diri atau maruah seorang wanita seperti sebiji epal yang berkualiti. Tak perlu di terang lanjut. Anda si gadis mengerti apa maksud di sebalik ayat2 di atas itu.

Sekarang, sangat susah untuk kita menemui ‘gadis’. ‘Gadis’ dalam erti kata yang benar2 menjaga dirinya. Yang menunduk bila dipanah pandangan berhawa nafsu si lelaki. Yang menyusun langkah kakinya. Yang tidak menggunakan anugerah ciptaan ALLAH ke jalan yang salah.

Jika ada lelaki yang mengatakan bahawa senang menjadi perempuan, anda silap. Susah sebenarnya menjadi seorang perempuan. Perempuan sudah sejak azali lagi dilahirkan mempunyai nafsu yang banyak. Akalnya 1. Berbanding lelaki yang mempunyai akal 9, nafsu 1. Perempuan mudah mengikut hawa nafsu. Mungkin di sebabkan itulah Rasulullah ada mengatakan bahawa kaum hawa lebih ramai berada di neraka berbanding kaun adam.
Saya mungkin bukanlah epal yang berada di puncak sekali. Kerana kadang2 saya juga turut terleka dengan ‘kemanisan’ duniawi. Namun maruah saya masih terpelihara.
Mujurlah ada yang menyedarkan saya sebelum terlambat. Menyedarkan betapa pentingnya maruah seorang gadis. Maruah yang jika sekali hilang, tiada gunanya mencari baru. Kerana maruah bukan sesuatu yang boleh d cari ganti.

Zaman sekarang, maruah gadis boleh di perdagangkan. Nilai dara seorang gadis itu boleh di jual. Dara yang sepatutnya tak ternilai harganya. Kenapa gadis sekarang mudah benar menurut kata hawa nafsu?

Ada gadis yang sanggup menyerahkan segalanya demi ‘cintanya’ kepada sang kekasih. Menyerahkan apa yang patut di simpan demi membuktikan cintanya tidak boleh di ragui. Hingga sanggup tunduk melutut demi memastikan sang kekasih tidak meninggalkan dirinya. CINTA AGUNG KONONNYA. Sang kekasih apa lagi. Segala madu yang ada di hisap habis. Hingga tiada apa yang dapat si gadis banggakan lagi. Si gadis bukan gadis lagi. Ah. Tak mengapa. Demi sang kekasih, ‘si gadis’ sanggup lakukan apa sahaja.
Adakah mudah benar mendapat ‘maruah’ si gadis? Bagi si lelaki, anda tahu sangat mudah bukan? Kerana anda tahu kekuatan si gadis adalah kelemahannya. Berikan pujuk rayu. Ungkapkan kata indah. Dan taburkan janji2 kosong. Nescaya anda akan mendapat ‘maruah’ si gadis itu.

Saya bukan mengajar anda untuk menjadi si jantan keparat. Tapi itulah kenyataanya. Si gadis sanggup melakukan apa sahaja demi membuktikan cinta dan sayangnya kepada si lelaki. Mungkin bukan semua. Tapi kebanyakannya.

Wahai si gadis, tidak sedarkah anda permainan yang sering di mainkan oleh si lelaki? Mencari lelaki yang setia, yang tidak memandang susuk tubuh anda penuh berhawa nafsu ibaraf mencari permata di tengah lautan. Mencari lelaki yang benar2 jujur dengan setiap katanya ibarat mencari berlian di balik kaca. Kebanyakan lelaki hanya mahukan
apa yang patut kita simpan. Yang Patut kita jaga.

Saya bukanlah prejudis terhadap kaum adam. Tidak. Saya sedar kaum hawa juga banyak mempermainkan hati si adam.Tapi saya sedih melihat kaum hawa mudah benar menyerah segalanya demi membuktikan kasih dan cintanya kepada kekasih hati. Sebegini murahkah maruah seorang gadis?

Tidak kira gadis yang bertudung litup atau tidak. Sama sahaja. Yang lebih memalukan bagi gadis yang manis bertudung, tapi rela ‘diterokai’ oleh kekasih hati. Amat memalukan. Tudung di kepala menggambarkan seolah2 gadis yang solehah. Menutup aurat. Tetapi melakukan perbuatan yang terkutuk. Perbuatan yang pada saya menghina agama Islam.

Tidak perlu mengikut budaya barat yang jauh menyimpang dari ajaran junjungan besar kita. Apa yang telah di atur ALLAH adalah sebaiknya. Maruah bukan untuk di perdagangkan. Tapi untuk di simpan. Hanya untuk yang layak sahaja.

Sabagai gadis, anda harus lebih menyayangi maruah anda lebih dari kekasih anda. Kekasih datang bersilih ganti. Tetapi maruah sekali hilang, hilang lah buat selamanya. Jangan bila ‘aksi’ anda tersebar, baru menangis dan menyesal. Hingga saat itu, tiada apa yang mampu di lakukan lagi selain menananggung malu teramat sangat.
Sedarlah wahai si gadis. Jagalah maruah mu. Jagalah badan mu. Jangan mudah benar menyerah maruah anda. Hingga akhirnya anda juga yang bakal menanggung malu. Jadilah seperti epal yang di puncak. Yang mendapat matahari secukupnya, yang di sapa embun terlebih dahulu, yang dapat melihat keseluruhan alam dengan jelas. Bukan epal yang di bawah sekali. Yang dapat di sentuh, di belai sesuka hati, yang jarang mendapat cahaya matahari, menerima embun terakhir sekali. Dan akhirnya akan jatuh menyembah bumi. Gugur sebagai epal yang rosak.

Sama2lah kita menjaga maruah kita. Kerana kita sebagai manusia biasa sering terlupa. Sering terleka dengan kemanisan dunia. Gadis yang baik untuk lelaki yang baik. Itu janji ALLAH. Dan janji ALLAH itu pasti

(SNA)

Thursday, July 30, 2009

warkah buat hawa dari adam.......




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani…Didoakan moga kalian berada di bawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.

HAWA,
Maafkan aku kiranya coretan ini bias mengguris hatimu…Meskipun ku tahu jiwamu selembut sutera bisa hancur luluh hatimu dengan kata-kata yang bakal aku ungkapkan ini. Namun mengertilah HAWA…kerana kaulah pengubat kesunyian sewaktu aku di syurga.. dan engkau berasal dari tulang rusukku yang bengkok, kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya, lantas ku gagahi jua diri ini…

HAWA,
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan bilangan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini.. Itulah kebesaran serta penelitian Allah di dalam urusanNya… Bayangkanlah Hawa..sekiranya kaumku melebihi kaunmu, pasti dunia ini akan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna kesuraman lantaran kekejaman serta penindasan kerana dirimu…

HAWA,
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda saat ini..Tapi permintaanku duhai Hawa… cubalah renungkan jua yang sebenarnya dirimu kian berubah… Tidakkah engkau mengerti bahawa dirimu adalah seumpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata..namun bukan perhiasan semata.. Duri-duri yang melingkari dirimu, itulah hijab buatmu yang digariskan Allah sebagai perlindung atau perisai yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Di situlah nilai seorang wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkannya terdedah..terdedah kepada kami…kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu yang umpama bahan yang mudah diperkotak-katikkan.. Dimana-mana sahaja bisa ku lihat kaummu menghayun langkah bukan sebaik dulu lagi.. langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang kau kejari? Ku sendiri tidak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-temanku yang lain. Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi, diiringi gelak tawa yang cukup menyakitkan mata dan memedihkan telinga.. Sedarkah kau Hawa? Haruskah kau terima hakikat bahawa kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah aku tunjukkan kepadamu dulu!!!!

HAWA,
Mengapa dirimu kini mesti menjadi tontonan ramai?!! Perlukah kau hiaskan dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan kau miliki dari pelbagai cirri-ciri yang ditegah Islam! Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan sepertimana yang pernah ku alami suatu ketika dahulu… di mana kaum Hawa mempersiapkan diri sekemas dan sederhana yang mungkin.. Cukup ku rasakan kehadiranmu saat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan yang kau miliki sedangkan kau tahu dirimu adalah fitnah.. Fahamilah Hawa… usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi dan menjejaki syaitan yang sentiasa meletakkanmu seperti butir peluru yang bisa hinggap di mana sahaja dan meninggalkan fitnah buat kaumku ini!!!

HAWA,
Betapa sakit dan pedihnya hatiku di saat ku lihat auratmu menjala di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa... suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadap kaummu yang ku kira paling hebat!! Apa tidaknya seurat rambutmu yang dijamah oleh padangan kaumku, ular menanti dimana-mana..sejengkal tanganmu yang kelihatan..aduh!! Banyaknya seksaan yang menanti buatmu… Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat bahawa apa yang perlu kau jaga sebagai seorang wanita ialah auratmu, maruahmu!! Dimanakah maruahmu andai auratmu terpamer di mana-mana?

HAWA,
Tidakkah kau malu terhadap penipuan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri.. di bumi barakah ini..auratmu kau selindungkan di sebalik pemakaian di atas dasar peraturan yang harus kau laksanakan… tapi nun jauh di luar sana..tersentak diriku tatkala meihat dirimu yang jauh berbeza.. ke mana tudung litupmu? Jilbabmu? Apatah lagi tingkah lakumu!!! Di mana hilangnya martabat seorang hafizah yang bibirnya sentiasa basah dengan kalamullah???

HAWA,
Tutuplah auratmu, jagalah dirimu… bertuturlah dengan lemah-lembut tapi bukan dengan lemah-gemalai! Jika terlanjur, ini bisa membawa dosa padamu jua padaku…. Jangan kau perlihatkan apa yang patut kau sembunyikan… tapi ingatlah…cukup sekadar kedua tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan..Bukan kakimu..bukan jua tanganmu..Ingatlah tuhanmu dan tuhanku ada mengatakan:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan meeka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya..” (An-Nur:21)

HAWA,
Andai kau masih belum dimiliki..usahlah kau risau akan jodohmu…ingatlah bahawa janji Allah itu pasti.. “Wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik”. Janganlah kau menggadaikan maruahmu hanya semata-mata untukku..jangan mengenakan busana yang menjolok mata hanya untuk memancingku… kerana kau hanya menarik nafsuku, bukannya hatiku… Jangan sesekali kau bisa mengaturkan pertemuan denganku Hawa kerana aku bimbang kita akan terjerumus ke kancah maksiat…

HAWA,
Mungkin ku harus hentikan bicara ini di sini dahulu… Andai diizinkan Allah, kita bersua lagi di lain lembaran dan yang pastinya kau akan tetap ku bimbingi. Harapanku…muncullah secebis kesedaran di hatimu… dan aku doakan moga Allah membuka hatimu untuk mencetuskan anjakan paradigma kerana darimu akan lahirnya mujadid serta mujahid Islam….<<>>

(aktikel ini bukanlah dari hasil kerja saya. tapi saya ambil dari sahabat saya. terima kasih buat beliau. dan harapan saya seperti biasa, apa yang tercatit di atas menjadi panduan kita hendaknya. warkah hawa buat adam bakal menyusul selepas ini.)

Saturday, July 25, 2009

apa manisnya arak.....????



lagi kita di ruangan ini...ruangan untuk saya menlis picisan idea saya...ruangan untuk saya berkongsi apa yang saya rasa.....nampaknya, blog ini sudah mempunyai penulis baru...penulis yang pada kiraan saya lebih hebat dari diri saya ini.....siapalah saya untuk membicarakan soal agama dengan lebih mendalam....ilmu saya masih belum cukup sepenuhnya untuk membicarakan soal itu...jadi saya serahkan tugas itu kepada yang lebih arif....yang lebih bijak dari saya untuk menghurai persoalan dari sudut agama....kerana rakan saya lebih layak.....tugas saya??seperti biasa....membebel soal2 permasalahan....yang saya harap dapat menjadi panduan dalam kehidupan seharian anda amnya, dan diri saya sendiri khususnya.....insya allah....

Baik...panjang lebar nampaknya mukadimah saya hari ini....saya fokus kepada isu yang ingin saya utarakan hari ini.....isu yang saya kira umpama barah yang semakin hari semakin parah dalam diri umat manusia.....yang jika tidak dikawal, tidak di tegah dan tidak di ubat, akan memusnahkan diri dan masyarakat.....

ARAK.....ALKHOHOL......BIR.....TUAK......TODI......NIRA(bukan nira nipah....nira adalah sebutan orang Kelantan yang bermaksud arak).......sebutlah apa sahaja....namun yang pasti minuman di atas adalah minuman yang haram......kenapa haram???kerana minuman itu memabukkan.....dan telah jelas, sudah terang lagi bersuluh telah termaktub dalam hukum agama islam bahawa minuman yang memabukkan, mengkhayalkan adalah haram....dan termasuk dalam salah satu dosa besar......nauzubillah minzalik......moga saya dan sahabat serta keluarga di lindungi ALLAH S.W.T dari menyentuh ‘air kencing syaitan itu’........
Umat islam khasnya sudah mengetahui sejak azali lagi bahawa arak adalah haram....sejak di awal persekolahan lagi bila masuk ke kelas agama akan di utarakan mengenai haramnya arak.....dan sejak kecil lagi saya sudah di momokkan dengan kata2 ustaz agama saya iaitu jika setitik pun arak masuk ke dalam perut, maka tinggallah kamu di neraka untuk selamanya....kemudian di ceritakan pula azab bagi peminum arak....ngeri.....sangat ngeri bila mendengar ustaz saya bercerita.......

Tapi apa yang jadi sekarang???penjualan arak berleluasa.....pergi lah kemana sahaja....pasti arak akan bapat di perolehi dengan mudah......bahkan di rumah sesetengah ORANG MELAYU beragama ISLAM terdapat mini bar yang menempatkan pelbagai jenis jenama arak.....masya allah......

Bila usia saya meningkat, saya sering terfikir apa manisnya arak....lalu saya bertanya kepada rakan saya yang bukan beragama ISLAM.....saya Tanya, adakah arak itu sedap???apa rasanya???jawapan dari rakan saya itu amat mengejutkan......katanya arak tidak sedap langsung....rasanya pahit.....minuman biasa jauh lebih sedap lagi....saya tercengang......lalu saya Tanya semula kepadanya.....jika tidak sedap mengapa masih meneguk arak???katanya, sudah menjadi budayanya, tiap kali menyambut tahun baru cina, keluarganya akan menghidangkan arak sebagai salah satu minuman wajib.....bahkan apa yang membuatkan saya lagi terkejut adalah apabila dia turut katakan terdapat juga orang MUSLIM yang bertandang kerumahnya tanpa segan silu meneguk arak!!!!

Saya terdiam.....itu kata rakan saya yang pernah minum arak...yang telah di dedahkan dengan minuman memabukkan itu sejak dari kecil......tapi dengan tegas mengatakan bahawa arak itu tidak sedap......dia hanya minum untuk menjaga hati keluarganya.....itu pun dalam kuantiti yang sedikit.......itu kata orang cina......yang tidak tahu hukum agama islam.....yang tidak dilahirkan dalam keluarga islam...yang tidak pernah masuk kelas agama islam....bahkan tidak mengenali secara dekat agama islam.....
Tapi apa yang berlaku sekarang sudah terbalik.....orang islam sudah lebih pandai dalam mengenali arak......lebih hebat dalam meminum arak......sedih......sangat sedih bila tiap kali membaca akhbar, golongan artis saban hari di dedahkan dengan perilaku mereka yang meneguk arak.....belum lagi melalui internet.....itu golongan artis...yang menjadi public figure kepada masyarkat.....saya percaya golongan biasa lagi teruk...Cuma kurang didedahkan sahaja......mungkin benar kata sahabat saya.......kiamat sudah dekat (rujuk artikel di bawah)........

Remaja sekarang sudah menjadikan arak seperti air mineral mereka.....jika ke kelab malam, tidak meneguk benda haram itu tidak sah.....mereka seolah2 bangga dapat ‘menjilat air kencing syaitan’ itu......bangga dapat melanggar adat dan budaya orang melayu....dan paling bangga dapat melanggar hukum yang telah di tetapkan oleh ALLAH.....seolah2 mencabar hokum yang telah di tetapkan oleh ALLAH S.W.T.....astagfifullahalazim......

Baik di Bandar mahupun di kampung, sudah ramai yang telah merasai betapa ‘manisnya’ arak......betapa nikmatnya minuman ibu kepada segala kejahatan itu.....nikmat kerana tiap kali meneguk air haram itu, mereka seolah2 berada di dunia mereka sendiri....khayal dalam syurga ciptaan mereka......seolah2 masalah yang menghurung kepala mereka hilang buat selamanya......bergembira bersama syaitan dan iblis yang bersorak kemenangan melihat anak2 adam terus bergelumang dosa.....

Ya......arak baik untuk kesihatan......satu kajian telah membuktikan bahawa arak bagus untuk memanaskan badan......sesuai untuk menyembuhkan selsema......tapi bila kejahatan yang tercipta lebih banyak dari kebaikkan, maka hukumnya jelas haram.....tiada kompromi lagi......bila memimun arak, terjadilah perkara2 yang dilarang oleh ALLAH......mabuk, bila mabuk fikiran jadi di bawah kesedaran, maka terjadilah perzinaan,merogol.....takut rahsia terbongkar teruk terjadilah pembunuhan.....maka dengan itu telah jelas di sebut oleh Rasullah s.a.w bahawa arak adalah ibu kepada segala kejahatan.....

Kajian juga telah membuktikan bahawa arak jika di ambil dalam kuantiti yang banyak dan kerap juga menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit....melemahkan sistem pertahanan badan dan memendekkan hayat seseorang kaki arak.....nah,inilah yang dikatakan ‘manisnya’ arak.....

Siapa pernah minum arak???pasti tiada yang mahu mengaku bukan???biarlah itu menjadi rahsia lepada diri anda....rahsia yang hanya ALLAH tahu...kerana ALLAH tidak pernah leka dalam memerhatikan umatnya......bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka.....sesungguhnya ALLAH itu maha penyayang lagi maha mengasihani......ALLAH tidak pernah menzalimi hambanya, tetapi hambanya sahaja yang sering menzalimi diri mereka.....

Pada yang baru berura2 hendak merasia sendiri manisnya arak, batalkan sahaja niat itu.....tiada yang baik mengenai arak melainkan keburukan yang sangat banyak......tiada guna ingin merasai arak.....terdapat beribu jenis minuman yang halal, yang jauh lebih baik dari arak yang boleh di rasai.....arak adalah senjata rahsia kaum karif untuk melemahkan semangat, dan diri para remaja islam....jadi, jika anda sayangkan islam, jauhkan diri anda dari arak....

Jalan kebenaran dan jalan keburukan terbentang luas di hadapan mata anda...terpulang kepada diri individu untuk memilih jalan yang mana satu......

Saya rasa satekat ini sahajalah perkongsian yang dapat saya kongsi pada hari ini......sesungguhnya yang baik itu ilham dari ALLAH S.WT, dan yang buruk itu dari diri saya sendiri....saya juga manusia biasa.....selagi terdapat hawa nafsu dalam diri saya, maka saya terdedah untuk melakukan segala dosa,...doa saya Cuma satu, moga saya terus dilingdungi ALLAH dari melakukan segala dosa besar......segala yang saya tulis ini lebih kepada mengingatkan diri saya sendiri.....moga apa yang saya tulis mendapat tempat di hati anda hendaknya....sekian wassalam.....

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90



Wednesday, July 22, 2009

IBU


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t

Salam bervisi jua salam ukhwah…
Berdasarkan tajuk ini,tahulah kita bahawa peranan ibu penting dalam kehidupan seseorang insan yang bergelar anak.
Bagi yang masih memiliki ibu,bersyukurlah ke rahmat Ilahi kerana masih diberi peluang merasai nikmat kasih sayang seorang ibu.bagi yang telah menerima pemergian ibu ke alam kekal abadi,bersyukurlah jua kerana hal ini menunjukkan Allah sangat menyayangi ibu kita serta diselamatkan ibu daripada segala kejahatan duniawi.
Bahagiakah seorang anak tanpa kasih sayang ibu??walau sejauh mana kejayaan seseorang itu,namun tanpa kasih sayang,belaian dan doa ibu,kemana jua lah langkah mereka dapat diteruskan.semua itu akan terhenti jua tatkala tidak mendapat keredhaan Allah.Untuk mendapat keredhaan Allah,perlulah mendapat keredhaan ibu bapa dulu…
Jadi,fokus utama disini mengenai ibu yang menjadi insan pertama yang membelai kita dan menjaga kita di alam janin lagi.
Apabila saya menulis hal ni,teringat pula pada mak kat rumah,apa khabarnya ya??doa saya semoga mak ayah sihat dilindungi Allah.pastikan doa anda semua begitu juga ye.saya mengaku,saya kerap melawan kata ibu saya namun semua itu menjadi kenangan dan kehidupan saya yang sangat pahit suatu ketika dahulu semasa zaman kanak-kanak.namun,sejak meningkat dewasa,baru mengalami perubahan jiwa dan pemikiran.kini.andai dapat di ulang kembali zaman dahulu,ingin sekali saya melutut di kaki ibu memohon maaf di atas segala kesalahan dan kasar bahasa.
Sering kali saya mendengar anak-anak yang bergaduh dengan ibu mereka.mengapa berlaku hal ini??ada yang menyatakan bahawa ibu tak sekepala dengan mereka dan seolah-olah mengongkong hidup mereka.tak ketinggalan juga yang sengaja tinggal berasing dari rumah ibu semata-mata ingin mengecap kehidupan yang lebih bebas.perlukah semua itu??tepuk dada tanya iman..
Ibu jahat??acap kali jua didengari yang menyebabkan mudah untuk anak melawan kata ibu.sejahat mana ibu,mereka tetap ibu kita.tanpa mereka yang sanggup mengusung perut selama 9bulan , siapa kita untuk hidup selesa di muka bumi ini.percaya la,walau sejahat mana ibu itu,mereka tetap memiliki kasih sayang terhadap anak-anak.namun,anak yang jarang sekali untuk memahami ibu.
Mengikut pengalaman saya yang memiliki ibu yang bakal 60-an (that’s my beauty mom in this world),saya mengalami sedikit getaran pada mulanya apabila ibu saya bersifat cepat kecil hati terhadap apa yang berlaku.saya juga selalu bertelingkah dan bertikam lidah dengannya.sungguh derhaka saya terhadap ibu saya.namun selepas,mencari inisiatif mencuba memahami dirinya,saya mulai faham,semakin meningkat umur kita,ransangan terhadap perasaan mula meningkat.justeru,sebagai ibu,mereka sangatlah memerlukan kasih sayang anak,memerlukan perhatian serta belaian kita.sudah jelas di sini,kini tibalah masa untuk kta tunaikan tanggungjawab kita untuk menjaga ibu seperti mana ibu menjaga kita dulu.tapi perlu di ingat,seorang ibu boleh menjaga 10orang anak,namun seorang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.renung-renungkan…
Kalau kita sebagai pelajar yang tinggal berjauhan dari mereka,sentiasalah bertanya khabar,mereka pasti gembira.jangan pula,mereka yang lebih merindui kita.seeloknya biarlah,kita lebih mengingati dan memahami mereka.
Di sini,saya bukan ingin menjaja cerita saya tapi lebih elok sekiranya kita mengambil iktibar dari sepotong cerita ini.saya juga sudah menyesal dengan apa yang berlaku sebelum ini.kini,tekad di hati , saya akan menjaga hati ibu saya n akan memahami dirinya.semua itu kerana Allah.InsyaAllah.
Harapan saya,sentiasa lah memohon maaf dari ibu,walaupun mereka tidak kisah dengan apa terjadi,namun ungkapan maaf lebih bermakna bagi mereka.


Mohon ampun dan maaf..
Sekian,Wassalamualaikum..

hari kiamat bakal tiba

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim....

apa sahaja hal yang ingin dilakukan,molek lah dimulakan dengan Bismillah..namun bergantung pada keadaan.bagi pengetahuan semua,saya orang baru disini.di undang untuk memberi sedikit pengetahuan dan ilmu yang tidak seberapa dari saya.
tajuk yang saya pilih untuk diolah adalah hari kiamat..boring ke tajuk ni??or semua dah tahu??
tak kisah lah apa sahaja pandangan yang diutarakan,apa salahnya,kita baca secebis pandangan dari saya pula.
sebagai umat Islam,kita berada kat dunia adalah sebagai pengembara.maksud di sini bukan pengembara yang selalu kita gambarkan,yang ke sana sini mencari pandangan dan ilmu baru..maksud di sini,pengembara bagi segala bentuk ujian dan segala takdir Allah..kenapa kita sebutkan bahawa manusia=pengembara?pengembaraan membawa erti mencari sesuatu yang baru dalam kehidupan yakni yang sementara.justeru,alam ini lah yang bersifat sementara.penghapus bagi alam ini adalah datangnya suatu hari yang penuh bersifat drastik dan hebat iaitu hari kiamat...
hal ini,saya penah bicarakan bersama kawan baik saya baru-baru ini.jadi ,ingin jua saya kongsikan bersama di sini.
mungkin ramai yang pernah membaca atau terdengar hal ni,bahawa bagaimana keadaan bumi@alam dunia digambarkan Allah kepada manusia pada zaman Rasulullah..dahulu,Allah telah mengambarkan dunia ini seperti nenek tua yang terlalu uzur dan tak terdaya.setelah lama zaman itu berlalu,bagaimana pula keadaan dunia sekarang jika berdasarkan nenek tua itu??mungkin,sedang menunggu ajal??begitulah jua dunia yang sedang menunggu hari kiamat yan dasyat itu.kemunculan Imam Mahdi penyelamat manusia sentiasa di nantikan utk membawa manusia ke jalan Allah..manakala,makhluk yang digeruni manusia yang menunggu waktunya utk muncul.ada juga pandangan dari para ustaz menyatakan makhluk itu akan muncul selepas laungan azan dimuka bumi tiada lagi untuk memanggil dan menyeru manusia mengerjakan ibadat wajib..
sedar atau tidak,pelbagai tanda-tanda telah berlaku menandakan hari kiamat semakin dekat..amalan anda dah cukup untuk menampung dosa di akhirat??saya mengaku,amalan saya tidak pernah cukup untuk menampung semua dosa saya kerana saya tidak sempurna..dan ahanya Allah yang berhak meletakkan diri kita di pelagai tahap.Wallahualam...
antara beberapa tanda yang sedang beransur-ansur terjadi:-
-zina berlaku di merata tempat yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat Islam.
-pembuangan bayi secara berleluasa tanpa memikirkan dosa dan azab yang bakal menimpa
-lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
-banyak berlaku penceraian suami isteri
-dll
banyak sangat tanda-tanda yang berlaku.Namun,manusia masih leka hal duniawi.
sudah la wahai manusia,kembali la ke pangkal jalan,kembalikan cinta kamu kepada Pencipta kamu yakni Allah s.w.t.renungkan kembali nikmat dan kejayaan kamu hidup di dunia yang dikurniakan Allah.bersama kita kembali ke jalan keredhaan Allah..semoga tiada penyesalan berlaku nanti..berubah lah perlahan-lahan dan kerana Allah...
semoga apa yang disuratkan di sini dapat kita hayati dan diinsafi bersama...
Firman Allah, maksudnya: "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)
Moga kita dirahmati Allah..Amin
sekian,ampun maaf dipinta..Assalamualaikum...

Sunday, July 19, 2009

bahana cinta......

videosalam... sedih bila saya tengok vidoe di

atas.....sangat sedih......singkatnya fikiran manusia.....sanggup menghabiskan nyawa kerana kecewa dengan percintaan.....

saya tidak tahu mengapa arwah sanggup melakukan perbuatan yang di laknat oleh ALLAH ini...mungkin kecewa dengan cinta sejati nya....mungkin di tinggal kekasihnya....mungkin dan pelbagai kemungkinan datang di benak saya......

cuma, walau apa pown kekcewaan yang di alami, lupakah kita manusia bahawa ALLAH jauh lebih menyayangi kita???lupakah kita bahawa apa yang di atur oleh ALLAh juah lebih baik????dan lupakah kita pada segala yang di larang agama???

sedih bila lihat bangsa yang sebangsa dengan saya snaggup mati demi 'cinta sejati'.......tapi tidak seperti pemuda palestin yang sanggup syahid demi agama.....masya allah......kematian yang jauh berbeza taraf dan darjatnya.....

seperti biasa saya katakan, saya buakanlah baik sangat...tetrapi ini bukan untuk menegur anda sekalian, tapi lebih kepada menegur diri saya sendiri...selagi saya mempunyai nafsu, selagi saya mempunyai titik jahat di hati saya, saya tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan...cuma apabila saya membaca semula apa yang saya telah tulis di sini, saya akan muhasabah diri.....

saya cuma mamnpu berdoa semoga saya di jauhkan dari melakukan apa yang di laknat ALLAh....saya takut dosa......

saya harap, apa yang daya paparkan dsi sini sedikit sebanyak menjadi pedoman buat anda semua umumnya, dan diri saya sendiri khasnya.....niat saya bukan untuk memalukan sesiapa...tap[i untuk memberi perkongsian.......

sekain wassalam......

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.”

Riwayat Abu Hurairah


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Sesiapa yang membunuh diri dengan mencekik lehernya, maka dia akan mencekiknya pula nanti di neraka. Dan sesiapa yang menikam dirinya, maka dia akan menikamnya pula nanti di neraka.”

(al-Bukhari

Friday, July 17, 2009

mencipta ketenangan atau mendapat ketenangan?????

“saya pernah minum, ambil pil, ambil ice....lelaki macam say tak sesuai untuk awak.....perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik.....dan lelaki yang baik itu bukan saya....sebab saya jahat....”

Ayat ini menghancurkan hati saya....ya...terus terang saya cakap, hati saya benar2 hancur.....tanpa sedar air mata saya menitik satu persatu....saya tewas kepada emosi lagi.....tapi kali ini dalam keadaan yang berbeza......

Saya akui, saya senang dengan si dia....biarlah saya katakan W sahaja.... W baik dengan saya....pandai mengambil hati....pandai bergurau......kadang2 boleh menjadi motivator yang baik.....lebih baik daripada saya sendiri.....

Tapi ayat di atas membuatkan saya takut.......bukan takut kepada dirinya....bukan....tapi saya takut W terus hanyut dengan keseronokan dunia......sehingga melupakan janji ALLAH di akhirat nanti.....saya risau dia tidak menjumpai jalan yang benar untuk selamanya.....

Alasannya mudah....ingin mendapat ketenangan.....saya katakan kepadanya....mencari ketenangan dengan cara yang salah, untuk apa???dan dia berkata semula, kadang2 manusia perlu mencipta ketenangan sendiri andai ketenangan sebenar tidak di perolehi.....saya diam.....kalau di ikutkan hati saya, ingin saya terus berbalah dengan nya....tapi bila di fikirkan semula, tiada gunanya....kerana dia melakukan semua ini di bawah kesedaran dirinya sendiri...bukan atas paksaan sesiapa.....

Dalam bersedih, saya ketawa......ketawa bila memikirkan betapa singkastnya pemikiran W.....terlalu singkat.....W mempunyai kisah nya yang tersendiri mengapa dia menjadi begitu.....kerana W yang saya kenal bukanlah seorang yang mudah terpengaruh.....mungkin kisah hidupnya yang lalu membuatkan dia menjadi begini......sehingga membuatkan dia lupa kuasa ALLAH.....
Bila saya berdepan dengan situasi ini, saya sering tewas bila berbalah kata dengan W......setiap apa yang saya katakana dapat di bidas semula hingga saya kehabisan kata.....saya tidak pernah mengalami situasi sebegini.....saya tiada pengalaman sepertimana W....jadi apa yang saya katakana adalah berdasarkan hkum logik.....bukan berdasarkan apa yang saya pernah alami.....jadi saya tidak benar2 memahami hatinya.....
Saya sering katakan kepadanya, jangan lupa kepada tuhan.....tuhan tidak pernah melupakan hambanya....tapi hambanyan sahaja yang sering melupakan tuhan.....ingatlah apa yang tejadi ada hikmahnya.....dan tuhan tidak akan menurunkan ujian jika hambanyan tidak mampu menanggung ujian tersebut....W hanya ketawa di samping memanggil saya ustazah......sekali lagi saya terdiam.....saya belum cukup layak untuk menjadi uzstazah.....

Persoalan saya di sini, adakah perlu kita mencari ketenangan kita yang tersendiri???atau menunggu ketenangan datang kepada kita???saya benar2 keliru......keliru dengan apa yang telah terjadi......keliru dengan apa yang telah dikatakan W.....kita boleh mencari ketenangan.....asalkan kena dengan caranya.......pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk mendapat ketenangan......tapi bukan dengan cara yang salah.....bukan itu caranya....

Namun sebaik2 ketenangan, adalah ketenangan yang di perolehi daripada ALLAH......kita minum arak, ambil pil, ya....kita akan tenang......kita akan berada di dalam dunia kita yang tersendiri......lupa segala masalah.....tapi apalah sangat ketenangan yang kita ‘cipta ‘ itu berbanding ketenangan yang di anugerahkan oleh ALLAH.....ketenangan jiwa.....ketenangan rohani.....

Penyelesaian masalah bukan dengan mengambil benda yang di larang agama....tapi dengan mendekatkan diri kepada agama......redha dengan apa yang di atur oleh ALLAH....nescaya kita dapat menjalani hidup dengan tenang.....

Di dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna....termasuk saya...kadang2 diri saya yang khilaf ini melakukan kesilapan juga..... Terus terang saya katakan, saya bukanlah gadis yang baik.....jika W katakana saya baik, dia tidak tahu jahat saya lagi.....dan saya percaya, dalam diri W masih ada kebaikan yang dia tidak gunakan lagi.....kebaikan yang dia sendiri tidak mahu gunakan.....yang dia sendiri pura2 tidak sedar akan kebaikan dirinya......

saya tiada hak untuk mengatakan siapa baik dan siapa jahat.....kerana dalam diri manusia ada sifat baik dan sifat buruk......Cuma terpulang kepada kita untuk bagaimana menggunakan baik dan buruk itu.....

jika W membaca nukilan ini, saya doakan dia segera sedar akan ‘ketenangan’ yang di carinya itu adalah ketenangan palsu......tiada guna anda terus2an berkhayal di dunia ciptaan anda sendiri......doa saya sentiasa bersama anda.....saya sedih jika anda terus2an begini......

Monday, July 13, 2009

jom tengok video lucah!!!!!!!



wah...sudah gila kah saya hari ini...mengajak pembaca saya menonton video lucah........aduh.....maafkan saya.....cuma tajuk sahaja di tulis sebegitu.......saya belum cukup gila lagi untuk mengajak anda semua menonton video lucah.....hehe....

ok......siapa pernah menonton video lucah????wah.....tentu tiada yang mahu mengaku kan....kalau mengaku pown, mengaku dalam hati sudahlah yek.....saya mempunyai ramai kawan yang pernah menonton video lucah.......kebanyakan rasanya.....dan saya pernah di ajak untuk menonton bersama mereka.....gila apa!!!!

bangga saya katakan, saya tidak pernah menonton perkara yang saya anggap paling merapu di dunia ini.....merapu????/ya....sangat merapu......benda yang telah di buktikan boleh mengurangkan tahap keupayaan seks, melenahkan minda, di samping banyak lagi keburukan yang dapat apabila menonton "keseronokan dunia" itu......

soronok????sangat seronok.....ramai rakan saya mengatakan bahawa selesai menonton, ibarat dunia mereka yang punya....tapi tidak sedarkan mereka sekali mereka menonton, mereka akan terus menonton hingga akhinya, terjadilah perbuatan yang di laknat oleh ALLAH S.W.T.......

mungkin akan ada yang mengatakan bahawa mereka menonton untuk mendapatkan pengetahuan am......untuk menbuat kajian biologi.....hahahaha......saya ketawa mendengar jawapan yang sangat bodoh.......apabila berbira soal seks, itu adalah sesuatu yang kita sendri akan tahu....tidak perlu menonton video lucah untuk menambah pengetahuan am, kononnya la.......jika alasan itu boleh diterima, mengapa manusia sebelum kita, atau erti kata lain orang2 tua yang hidup sebelum wujudnya video lucah dapat melakukan hubungan seks???kerana itu adalah apa yang kita dapat ketahui sendiri....jadi tidak perlu kita menonton aksi2 yang mengundang rasa nafsu, menaikkan syahwat kita untuk mendapatkan pengetahuan.......itu yang saya katakan jawapan bodoh.....

atau mungkin takut akan di tertawakan atau di kutuk kuno oleh rakan mereka yang lain andai tidak pernah menonoton vidoe lucah.....ya...mungkin juga.....kuno dalam mengumpul dosa......harus di ingat bahawa menonton video lucah adalah tergolong dalam dosa besar kerana kita telah melihat aurat orang lain di samping itu merupakan salah satu cara untuk mendekati zina....ya....ZINA....

saya bukanlah baik sangat......saya juga manusia biasa....penuh dengan dosa....tapi saya mahu menggunakan pengalaman saya agar dapat di guna bersama......sekali kita menonton vidoe lucah, walaupun niat kita hanya untuk mengetahui serba sedikit, ataupun mahu melihat sendiri apa yang 'seronoknya', percayalah, kita akan terus menontonnya tanpa kita sedar, bahawa apa yang kita lihat itu sangatlah merugikan......

nafsu adalah sesuatu yang sangat susah di kawal.......apabila kita melihat vidoe lucah, setiap apa yang berlaku kita akan hafal, terpahat kukuh di memori kita, dan kemudiannya akan secara tak langsung menaikkan mafsu kita.....itulah bahayanya video lucah......

jangan salah sangka apa yang saya tulis ini bukanlah say pernah alami....tapi ini berdasarkan cerita rakan saya yang sudah ketagih menonton video lucah.....ibarat tanpa video lucah, hidupnya tidak sempurna......dan saya tahu semua ini berdasarkan apa yang di ceritakannya.....

maaf......post kali ini agak lucah......jadi, jom tengok video lucah.....err.......tidak......JANGAN TONTON VIDEO LUCAH.........

sekian wassalam......
apa yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri......

Monday, June 29, 2009

sakitnya bila putus cinta....

“dia kecewakan aku.....dia khianati aku......dia lukakan hati aku...”

Ayat ini masih terngiang-giang di telinga saya.....ayat yang membuatkan saya turut sama bersedih........kerana bagi saya, duka rakan saya samalah seperti duka di hati saya.....

Saya sering di jadikan tempat meluahkan perasaan bila rakan-rakan saya termasuk sahabat saya putus cinta......pengalaman saya bercinta tidaklah terlau banyak.....tapi pengalaman yang sedikit itulah sering saya gunakan untuk menaikkan semula semangat mereka......

Pengalaman putus cinta, di tinggalkan, di tipu, semua sudah saya alami.....jadi, saya kira itu sudah cukup memadai untuk menolong rakan-rakan saya......saya tidak dapat menjadi pendengar yang baik andai diri saya kurang pengalaman.....saya tidak dapat jadi motivator terbaik jika saya tidak pernah mengalami semua itu......

Mungkin dari sikap luaran saya, saya kelihatan kuat.....mungkin .....tapi saya tetap manusia biasa....punya kelemahan....punya hati dan perasaan....bisa menangis bila kecewa......kadang-kadang kita perlu kelihatan kuat untuk memastikan orang disekeliling kita juga kuat.......kadang-kadang kita perlu kelihatan tabah jika kita mahu orang di sekiling kita mengharapkan kita.....

Back to the topic....sakitnya bila putus cinta......ya.....memang sakit.......teramat sakit jika kita telalu mencintai si dia......tetapi akhirnya si dia pergi meninggalkan kita.......mungkin akan kedengaran ayat klise seperti ini... “Ala, tak ada jodoh....cari la yang lain...banyak lagi di luar sana”......

Ya....memang banyak lagi gadis2 mahupun jejaka2 di luar sana......tapi bagaimana jika cinta kita hanya untuk si dia yang telah pergi meningalkan kita????bagiamana kita hendak mengahadapi hari2 tanpa mesej si dia lagi......suara si dia.......peritnya, hanya kita sahaja yang tahu.....

Tapi sedarlah, kadang2 tiap tindakan seseorang itu mempunyai sebab yang tersendiri.....fahamilah sebabnya itu......menyertilah tiap apa yang terjadi ada hikmahnya......dan cubalah terima hakikat jodoh anda hanya sampai di situ sahaja.....hari ini terluka tidak beerti anda akan terluka selamanya.....hari ini bersedih tidak beerti air mata anda akan mengalir sepanjang waktu.....

Tenangkan hati, lapangkan fikiran buat seketika......jangan fikirkan apa yang telah terjadi...kerana apa yang telah terjadi tak dapat di tarik semula.....
Di sini saya ada beberapa tips untuk mereka yang belum bercinta.....tips untuk mengelakkan dari anda kecewa besar......

Mungkin anda tidak sedar bahawa trdapat beberapa peringkat untuk bercinta......contohilah apa yang saya tulis ini demi kebaikan bersama....

CINTA PERTAMA
~cinta kepada ALLAH S.W.T dan RASULLAH S.A.W......
Percayalah......jika anda meletakkan cinta ini di ats sekali, anda tidak akan terlalu kecewa......ingat.....cinta sesame manusia hanya kekal di dunia.....tetapi cinta kepada ALLAH adalah cinta hakiki....cinta untuk selamanya....

CINTA KEDUA
~cinta kepada IBU BAPA......
Anda cintailah keluarga anda lebih dari segalanya.....kerana susah senang akhirnya keluarga juga akan kita cari.....jangan buang keluarga kerana cinta kepada kekasih......keluarga adalah segalanya.....walau sehebat manapun cinta anda kepada kekasih anda, pecayalah cinta keluarga anda kepada anda lagi hebat.....

CINTA KETIGA
~cintailah DIRI SENDIRI......
Cintailah diri sendiri lebih dari cinta anda kepada kekasih.......andai anda berpisah, sayangilah diri anda......jangan di sebabkan putus kasih, anda menzalimi diri anda.......

CINTA TERAKHIR
~cintailah KEKASIH anda.....
Kenapa saya meletakkan cinta kepada kekasih di akhir sekali???kerana kekasih muncul terakhir sekali dalam hidup kita.......sebelum kita mencintai ibu bapa kita, kita WAJIB mencintai ALLAH dan RASUL.....sebelum kita mencintai diri kita kita WAJIB mencintai IBU BAPA yang membesarkan kita.......dan sebelum kita mencintai kekasih
kita, cintailah dahulu diri kita sendiri.....

Untuk apa anda menghabiskan masa berhari-hari, berminggu-minggu bahkan bertahun-tahun untuk mengenangkan kekasih yang telah pergi andai ketiga-tiga cinta di atas anda tidak penuhi terpebih dahulu???

Saya mungkin bijak berbicara..... “Berkata senang, tapi mengalaminya adalah sangat sukar”....saya akui itu......tapi tanpa semangat dalam diri kita, apa yang berlaku tidak akan selesai jua......

Yakinlah pada diri anda.......percayalah kepada qada dan qadar yang telah ALLAH aturkan.....sesungguhnya apa yang telah terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya.....terimalah apa yang terjadi....dan belajarlah dari pengalaman.......ingat, cintA sesama manusia akan putus bila2 masa sahaja...tapi cinta kepada ALLAH adalah cinta hakiki......cinta yang akan kekal buat selamanya....

Sekian wassalam.....

Sunday, June 14, 2009

menyerah sebelum lawan atau kalah bermaruah????



wah...agak lama saay tidak mencoret sesuatu di blog saya ini...terdetik di hati saya berapa lama blog ini mampu bertahan andai beginilah sikap saya....mungkin agak sambil lewa.....maaf.....bukan saya tidak mahu mengupdte blog ini....tapi terdapat masalah yang tak dapat di elakkan...jadi, tepaksa saya biarkan blog ini 'berhabuk' buat seketika....hehe...

ok....saya ada persoalan dia sini....mana lebih baik......kalah menyerah atau kalah bermaruah????situasi ini baru saya alami....hari ini mungkin....dan mungkin inilah pencetus idea saya unutk mencerot sesuatu hari ini....berkat bantuan ALLAH sudah pasti.....

sekrang, saya sedang giat menjalani latihan badminton...saya bukanlah atlet badminton....tapi untuk bermain, boleh lah walaupun tidak sehebat lee chong wei....hehe.....mungkin nasin saya, selepas rombakan beberapa kali, saya bermain regu bersama seseorang yang agak handal.....dan regu saya dalam terget untuk membawa pulang pingat,...insya allah kalau ada rezeki......manakala rakan saya mendapat regu yang agak lemah di samping di letakkan sebagai regu yang hanya memanaskan tempat duduk.....

jadi, mungkin rakan saya tidak berpuas hati memandangkan pasa mulanya dia bersama saya diletakkan dalam regu yang berpingat.....semangat rakan saya mula menurun.....tiap kali bemain, hanya separuh dari bakatnya yang sebenar di pamerkan.......mungkin memberontak dalam diam....itu saya tidak dapat menyelami hati dia...

dia berkata kepada saya...."dari aku lawan untuk kalah dan panas kerusi, baik aku tak payah main....buat penat ja.......latihan hari2.....tapi dapat partner ntah hapa2....better aku tarik diri.....dah tau dah kalah...." macam tu la lebih kurang.....

saya cuba naikkan semangat dia...saya katakan semua itu tak tentu lagi.....lecturer pun just cakap yang team tu kuat....the real fact kita tak tau lagi....mayb team saya lagi kuat....yang penting semangat.....sekali semangat menurun, kekuatan mental ita pun akan turun......

malangnya, rakan saya tak endah...mungkin dia benar2 kecewa.....sedikit sebanyak saya simpati dengan rakan saya itu.....dah sikap saya tak boleh lihat rakan bersedih......seolah2 saya juga turut rasa apa yang di rasakannya.....atau mungkin saya pernah rasainya...hehe.....

di sini. saya telah ,mendapat sesuatu untuk di kongsi bersama.....sesuatu yang kita mungkin tak sedar kita laluinya dalam kehidupan seharian kita....

1) kita mudah menyerah tiap kali kita mendengar sesuatu yang agak mengerunkan hati kita.....contohnya macam rakan saya....selepas dengar apa yang lecturer saya cakap mengenai lawanya, hatinya mulai kecut.....semangat bekobar2nya mulai hilang......ini saya pernah alami......saya pernah menyertai pertandingan debat.....dan mungkin nasib kumpulan saya, kami berlawan dengan kumpulan debat negeri....semangat saya dan rakan2 pada mulanya menurun...gementar barangkali...tapi, kami berusaha melawan rasa 'gerun' itu..dan walaupun kami kalah, tapi perbezaan markah amat nipis......dan pasukan negeri itu agak menghormati keupayaan kumpulan kami...kumpulan yang baru pertama kali menyertai pertandingan depat......jadi, mana lebih baik, menyerah sebelum lawan atau kalah bermaruah????

2) kita lebih percayakan khabar angin sebelum mengetahui pucuk pangkalnya.....lecturer saya contohnya.....mudah percaya khabar angin bahawa team lawan lebih hebat sehingga membuat rombakan di saat2 akhir.....saya tak salahkan dia....mungkin dia lebih tahu dari saya...tapi bagi diri saya, saya tidak akan percaya sesuatu itu tanpa bukti yang kukuh terlebih dahulu.......situasi ini juga saya pernah alami ketika menyertai pertandingan taekwondo.....saya ketika itu hanya tali pinggang hijau.....tetapi terpaksa belawan dengan lawan yang bertali pinggang hitam...saya adu ketakutan saya kepada coach saya......dan saya di marah!!!!coach saya kata kepada saya, mengapa mesti lihat kepada warna tali pinggang???apa yang penting skill....bukan warna tali pinggang....kalau saya menyerah sebelum lawan, sia2lah penat lelah say selama ini.....jadi, ketika berlawan, saya andaikan sedang bertarung dengan tali pinggang putih....dan hasilnya walaupun saya kalah, tapi dengan perbezaan 1 markah amat mengeembirakan hati saya..bukan gembira sebab kalah..tapi sebab berjaya membiarkan dri saya dibelasaha teruk...hehe....jadi, mana lagi bagus, menyerah sebelum lawan atau kalah bermaruah???

3) terkena serangan psikologi sebelum berlawan.......mungkin disebabkan rakan sayA yang di beritahu hanya turun sebagai teman memanaskan tempat duduk, jadi secara rak langsung, dia telah terkana serangan psikologi.....serangan yang secara halus membisikkan kata2 melemahkan semangat dirinya bahawa sekuat mana dia menjalani latihan, dia tak akan menang.....sepatutnya, lecturer saya tidak berkata begitu.....dia seharusnya merahsiakan dahulu....seterusnya merangka strategi untuk menang..kerana bagi saya kekuatan fizikal tak penting....yang penting kekuatan mental....itulah yang dapat menentukan kemenangan kita......jadi, berlakulah situasi menyerah sebelum lawan.....

4) ktuatan mental yang lemah......seperti yang saya tulis di atas, kekuatan mental sangatlah penting bagi seorang atlet.....fizikal mungkin juga penting...tapi, tapi tanpa kekuatan mental, siapalah datuk lee chong wei pada mata dunia???mungkin tanpa kekutan mental sehingga sekarang datuk nicol david tak di kenali seantero dunia....saya ingat lagi ketika datuk lee chong wei hampir kalah kepada lin dan pada satu kejohanan di sarawak.....lin dan hanya memelukan 1 mata lagi untuk menang.....manakala lee chong wei ketinggalan 7 mata.....tapi ,berbekalkan kekuatan mental dia yang luar biasa, lee chong wei berjaya mengalahkan lin dan.......itulah yang kita mahu...kekautan mental....supaya tak berlaku menyerah sebelum bertanding.....

itu hanyalah apa yang saya dapat dari peristiwa yang berlaku kepada saya hari ini....mungkin banyak lagi..tapi cukuplah setakat itu sahaj.....sudah terlalu pangjng rasanya saya menulis.....

saya bukanlah atlet yang hebat......sya juga bukanlah pernah mewakili megara mahupun negeri dalam apa2 juah pertandingan.....tapi saya juga bukanlah seorang yang mudah menyerah sebelum bertanding.....kerana bagi saya, itu hanyalah sikap seorang pengecut....

semua ini terpulang kepasa individu untuk mentafsir apa yang saya katakan....tepuk dada tanya selera, tepuk dahi, fikir2 lah sendiri....sekian wassalam.....

Sunday, May 10, 2009

jangan mengeluh....

sala....
"masalah lagi.....tak habis2 masalah...naik tensen aku..."
kenapa nie???ada masalah ya???waa.....sekali lagi saya akan berleter untuk menghuraikan kekusutan di hati anda semua....hehe....

baiklah.....kita semua ada masalah masing2.....tak terkecuali diri saya sendiri.....saya sebagai insan biasa, tak dapat lari dari masalah.....kadang2 dapat saya harungi....tapi kadang2 saya tewas jga dek emosi....hehe....biasalah perempuan...kalau dah kalah dengan emosi, air mata la jadi peneman yea tak???hehe.....

terus terang saya cakap, saya bukanlah seorng yang sukakan masalah...yea la...siapa di dunia ini yang sukakan masalah kan??hehe......sebabanya saya seorang yang hapy go lucky.....tak suka fikirkan masalah setiap kali ada masalah...sudah sikap saya yang suka take easy in everything....

tapi saya menulis untuk kali ini bukanlah nak ceritakan masalah yang pernah saya alami....tak la.....karang bertambah pulak masalah anda semua....hehe....kadang2 apabila rakan saya ada masalah, dia akan datang mengadu kepada saya....sambil mengeluh dan merungut kenapa dia yang terpilih untuk mendapat masalah itu....kenapa tidak orang lain.....seolah2 apa yang di hadapinya itu merupakan kiamat dalam hidupnya...

sejenak saya berfikir...kenapa kita mesti salahkan takdir andai kita terpilih untuk sedih??untuk bermasalah???sedangkan bila kita gembira, tidak pernah walau sekalipun kita menyalahkan takdir.....malah lebih teruk lagi untuk mengucak kata syukur pown tidak...aduh.....

jadi, apa yang saya ingin tekankan di sini ialah, setiap kali kita ada masalah, kurangkan rungutan.....sekali kita merungut, masalah itu kita akan melihat semakin sukar untuk kita selesaikan.....apa kita perlu buat, tenangkan diri kita dahulu, kemudian, percayalah, sedikit demi sedikit penyelesaian untuk masalah kita akan ada....

jangan gelabah tiap kali ada masalah..kadang2 masalah kita itu cuma kecik..tapi disebakan sikap gelabah kita itu membuatkan seolah2 kita sedang menghadapi masalah yang sangat besar....

fikir secara rasional punca permasalahan itu.....mungkin masalah itu timbul puncanya dari diri kita sendiri....kita tak tahu kan.....untuk apa kita ada akal, sesuatu yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada umat manusia jka kita tidak mahu menggunakannya???

jangan mengeluh.....tak baik untuk kita mengeluh tiap kali kita bermasalah......senyumlah.....ibarat kata orang2 tua, senyum pengubat duka...ya..mungkin benar....sebabnya itulah yang saya lakukan tiap ada masalah.....seolah2 senyuman itu mempunyai kuasa yang sangat hebat dalam menghuraikan kekusutan kita.....

dan mungkin anda semua ada cara tersendiri untuk menenangkan diri dari masalah......cantohnya saya dahulu andai bermaslah, saya akan makan, makan dan makan.....mungkin sebab itu saya tak kurus2.....hehe....ada juga rakan saya yang akan menjerit bila ada maslah...bagus tu untuk diri sendri...tapi tak bagus untuk orang sekeliling kita....bimbang ada pula yang akan bermasalah selepas mendengar jeritan kita tu...lagi parah di gelar sewel...hah..tak ke lagi bermasalah???hehehe....

jadi, itu semua terpulang la kepada diri anda bagaiman hendak 'membawa' masalah itu...jangan terlalu memendam masalah tu seorang diri..bimbang boleh mengancam jiwa kita pulak..hehe....

ok..that's all 4 today......jumpa lagi di lain post....segala yang baik itu datangnya dari ALLAH...dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendri.....papai....salam...tke cre....=)

Thursday, April 16, 2009

perlu ke balas dendam????



"arhhh....aku benci leleki/perempuan....kenapa mesti tipu aku???aku benci aku benci....siap la.....nantikan pembalasan aku!!!"

hmm...mungkin itulah yng sering kita dengar apabila ada sahabat atau rakan2 kita dipermainkan bila bercinta.....tak terkecuali saya.....saya kenal ramai kawan.....dan sering di jadikan tempat meluahkan perasaan apabila ada rakan saya kecewa....dan sering kali mereka akan menanam azam baru iaitu azam mempermainkan perasaan orang lain pula....

sejenak, saya terfikir,perlu ke kita membalas dendam???perlu ke kita melepaskan rasa amarah kita kepada insan yang tidak berkaitan???

dan sering kali jua saya nasihatkan rakan2 saya supaya tidak melakukan sedemikian.....kenapa???kerana bagi saya tak usah fikirkan benda yang lepas.....perasaan adalah sesuatu yang agak rumit di fahami.....

juga menjadi persoalan di hati saya, kenapa perlu kita membalas dendam kepada orang yang tidak terlibat dengan masa lalu kita????adakah dengan mempermainkan perasaan mereka kita akan puas???akan merasa tenang kerana berjaya dalam 'misi' kita iaitu mempermainkan perasan orang???percayalah, hati kita tidak akan tenang walau beribu jejaka/gadis yang kita mainkan.....hati kita tidak akan merasa apa itu ketenangan....dan hati kita tidak akan selamanya mengerti apa itu cinta.....

kenapa saya berkata begitu????kerana bagi saya, membalas demdan bukanlah penyelesaikan kepada segala kesakitan yang pernah kita alami....bukanlah penawar yang kita cari untuk mengubati luka di hati...juga bukanlah ubat ketenangan yang kita mahu....bukan bukan bukan.....bukan itu....

ubat ketenangan yang kita perlu adalah kemaafan.....melupakan segala yang pahit adalah penawar kepada 'dendam kesumat' yang bermukim di hati kita....dan memulakan kehidupan yang baru adalah penyelesaian kepada segala permasalahan kita...

mungkin ada yang bakal mengatakan "ah...cakap senang la...tak kena lagi"....siapa cakap saya tak pernah di permainkan???dan siapa cakap saya tak pernah di tinggalkan tanpa sebab???jangan mudah menghukum tanpa kenali diri saya terlebih dahulu....saya tak akan menulis begini andai saya tiada pengalaman..saya tidak akan menasihati andai saya tidak merasai sendri peritnya di permainkan.....

mungkin juga pengalaman saya lebih teruk lagi.....menangis, kecewa, terluka, semua sudah saya alami.....sakitnya, terasa sampai sekarang....parutnya terkesan sehingga sekarang.....hingga ada rakan yang terlalu prihatin kepada saya berbisik kepada saya.....
"lepas nie, ko mainkan pulak perasaan lelaki...biar diorang tahu langit tinggi ke rendah.....ingat perempuan nie patung ke nak main2.."jawab saya "aku tak boleh....aku kesiankan mereka...." dan balas rakan saya "habis, diorang tak fikir pulak perasaan ko....senang2 jer nak mainkan perasaan ko.....sampaibila ko nak fikirkan perasaan orang kalu perasaan ko asyik terluka aja...asyik kena permain..."

terkedu saya saat itu...terang2 di ajar untuk membalas demdan pada insan yang tak berkaitan....mungkin kalau di ikutkan rasa hati yang membara ketika itu, akan saya lakukan apa yang di saran rakan saya itu....tapi apabila memikirkan prinsip saya selama ini, tak mungkin saya melakukan semua itu....tak mungkin saya melanggar prinsip yang telah lama saya didik dalam diri saya...

saya bukan begitu....bukanlah saya ingin katakan bahawa saya ini insan yang mulia...tidak....cuma nilai kemanusiaan saya masih lagi tinggi.....dan mungkin juga di dodorong prinsip yang telah lama saya tanamkan di hati saya...

saya selalu fikir andai saya lakukan semua itu, maka saya samalah jua seperti orng yang mempermainkan perasaan saya....andai saya marah, maki, dan sebagainya kepada orang yang mempermainkan perasaan saya, tak mustahil orang yang bakal saya permainkan akan melakukan perkara yang serupa kepada saya....

dan tidakkah sama saya jika begitu???tidakkah saya juga teruk???jahat???semua inilah yang menghalang saya untuk melakukan apa yang di saran oleh rakan saya itu....saya akui, saya takut di kutuk....saya takut di maki.....

jadi saya ambil keputusan untuk memaafkan orang yang mempermainkan perasaan saya itu...saya buang jauh2 peristiwa pahit yang saya alami....saya bangun semula untuk memulakan kehidupan baru.....saya akui agak sukar untuk saya bangun semula.....memang sangat sukar...tapi tanpa usaha, tak mungkin saya berjaya.....

dan akhirnya, alhamdulillah, saya brjaya.....saya berjaya mulakan kehidupan baru....tanpa cinta baru...tanpa mempermainkan perasaan orang....syukur sangat2....tak snggup rasanya saya mempermainkan perasaan orang....saya juga merasakan erti kehidupan...tanpa rasa dendam di hati...tanpa amarah yang menggunung...bahkan kehidupan saya lebih bahagia berbanding sewaktu saya di anyam rasa cinta.....

jadi, saya ingin bertanya kepada anda semua...perlukah kita membalas dendam??kalau jawapan anda perlu, sampai bila2lah kita tidak dapat merasai erti kehidupan...dan manusia akan terus hidup untuk mempermainkan perasaan orang...hingga satu tahap, akan ada orang yang tidak percaya CINTA.....tidak percaya wujudnya CINTA SEJATI...malanglah andai suatu hati tejadinya begitu....

fikir2kanlah apa yang saya katakan......dan jika ada kesalahan saya, maafkan saya...sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH....dan yang buruk itu dari saya sendiri...sekian wassalam.....=)

Monday, March 30, 2009

kenapa perlu memendam masalah????

assalamualaikum...salam ukhwah kepada sumua pembaca blog 'gila-gila' ini....(tu pown kalu ada yg sudi baca la...hehe..)setelah lamanya sya membisu dari menulis apa2, kali ini tergerak hati saya untuk menulis mengenai masalah.....

masalah lagi...sudah tidak ada topik lainkah????sudah krng ideakah saya???waa....ayat skema....hahaha...saya suka berbicara mengenai masalah kerana bagi saya,tanpa masalah, hidup manusia kosong dan sepi.....tanpa masalah juga manusia tidak dapat mengenal erti sebenar hidup....kerana masalah mengajar kita erti kehidupan....cuma terpulang pada individu bagaimana hendak handle masalah masing2...

saya pula bukanlah seorang yang suka menceritakn masalah saya kepada siapa2.....mungkin pada masa saya ada masalah, saya tiada sahabat yang sanggup meminjamkan telinga mereka untuk mendengar masalah saya....sudah sikap saya, kalau orang tak sudi, saya pun tak hingin....haha.....

jadi, saya tanggung semua rasa sakit itu sorang2.....luaran saya tersenyum, dalaman saya menderita....luaran saya tertawa gembira, di dalam saya merintih kecewa....wah....ayat sastera pula ya...haha....saat itu saya menjadi seorang yang sangat hipokrit...cuba menunjukkan diri saya yang kuat walaupun saya seorang yang lemah...mudah mengalirkan air mata....

akhirnya, apabila saya temui seorang sahabat, yang sanggup meminjam telinganya, menumpahkan air matanya, memberikan nasihat kepada saya, baru saya kenal erti hidup sebenar.....mulai saat itu, saya mula belajar untuk mempercayai lebih ramai orang....kerana makin ramai saya kenal, makin mudah untuk saya meluahkan rasa hati saya....

walaupun saya dan sahabat saya yang lama itu sudah lost contact, tapi nasihat yang dia pernah berikan kepada saya, akan saya simpan selamanya.....saya simpan erat di hati saya.....kata2 yang banyak merubah hidup saya....pendirian saya.....

tidak keterlaluan saya katakan darinya sahabat saya yang itulah saya mendapat sahabat yang baru....I dan purple bear....tanpanya, mungkin saya masih lagi menjadi seorang yang tidak mempercayai orang lain.....

jadi, back to the topic, kenapa kita mesti memendam masalah yang kita hadapi????bagi membuktikan bahawa kita mampu menyelesaikannya sendirian???mungkin....tapi tak semua masalah kita mampu selesaikan sendririan....saya cakap berdasarkan pengalaman...tanpa pengalaman tanpalah saya....

namun pada saya, kenapa kita memendam masalah kita kerana kurangnya kepercayaan kita kepada orang lain..betul tak???betul??ya....100 markah untuk saya.....haha....saya katakan begitu kerana, itulah yang saya hadapi dulu.....saya memang sukar untuk mempercayai orang....sangat sukar.....disebabkan itu saya memendam semua masalah saya sendirian.....saya takkan ceritakan masalah saya kepada sesiapa...tapi saya sudi mendengar masalah dari rakan2 saya.....

kenapa saya begitu???jawapannya seang sahaja....pengkhianatan.....hanay kerana satu pengkhianatan saya jadi begitu....psatu pengkhianatan yang menyebabkan saya seolah2 traua untuk mempercayai sesiapa...hatta kepada keluarga saya sendri..saya bimbang andai saya menceritakan masalah atau rahsia saya itu, rahsia itu akan terbongkar.....dan seterusnya memalukan diri saya....oh tidak!!!saya tdak sanggup lagi jadi begitu....sakitnya tak terperi....

di sebabkan itu, saya tak mau benda yang pernah terjadi, sakit yang pernah saya rasa di alami oleh orang lain....saya cepat kesiankan orang...jadi, biarlah saya berkongsi rasa yang anda rasai itu bersama....mungkin saya tak dapat selesaikan masalah and...tapi saya sanggup menjadi pendengar yang setia....

saya pernah di khianati....jadi, tak sanggup rasanya saya mengkhianati sebuah kepercayaan...kepercayaan bagi saya amalah suci.....ah..mungkin ada yang berkata "manusia, bila berjanji lembut gigi dari lidah"....jawab saya "err, gigi saya original..kekal keras hingga tercabut nanti...."haha...saya tidak mahu menjanjikan sesuatu yang agak sukar saya lakukan...saya hanya akan berjanji apabila saya yakin saya mampu tunaikan.....

jadi, untuk aa anda memendam masalah sendirian andai ada yang sudi mendengar.....tingglkan masalah anda di sini....akan saya cuba selesaikan sedaya upaya saya....andai tidak mampu saya selesaikan, seperti yang saya katakan sebentar tadi,biarlah saya menjadi pendengar yang setia....

sekian dulu dari saya...maafkan andai saya banyak mengarut dalam post ini...kepada presiden kumpulan saya (I), inilah luahan hati saya.....huhu..(ayat skema...hehe)....harapan saya, moga and semua gembira menjalani hidup yang singkat ini....prinsip hidup saya "life is to short...enjoy it as much as we can"....

k...that's all 4 today....papai..salam...tke cre.....=)

Tuesday, February 24, 2009

masalah...

asslammualaikum w.b.t....
hai suma....setelah lama saya berfikir, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengupdatekan blog bagi kumpulan saya. jangan salah sangka. saya bukan pembuat blog ini. tetapi dalah rakan kongsi beliau...rakan kongsi???ya..senang cerita assistance tak rasmi beliau la. hehe..
kali ini saya nak membincangkan mengenai masalah. masalah??ya masalah. bertepatan dengan niat kami untuk membantu belia sekarang. tapi kami pun banyak kelemahan. sekadar membantu setakat mana yang termampu.
saya suka mendengar permasalahan rakan2 saya. sama ada yang lebih tua, sama umur, mahupun yang lebih muda. saya tak kisah. untuk apa ALLAH anugerahkan telinga kepada saya andai saya tidak mahu menggunakkanya untuk membantu rakan2 saya. lagipun tak kena duit pun. free aja. hehe.
oleh sebab dah banyak sangat masalah yang saya dengar, tak termasuk lagi dengan masalah saya sendiri, jadi secara separuh automatiknya, saya dapat memikirkan beberapa cara untu menghandle masalah. semua ini sebenarnya terpulang kepada individu masing2 bagaimana mereka mahu menyelesaikan masalah mereka. ini cumalah salah satu daripada caranya. sya cuma membantu setakat yang mampu sahaja.
cara pertama: bila kita baru ada masalah, maksudnya baru bermasalah, jangan panik. relakskan diri. jangan terlalu gelabah. ini bertujuan untuk tidak menanbahkan masalah lagi di samping tidak menyakitkan hati orang di sekililing kita.
cara 2: tenangkan diri buat seketika. jangan terlalu stresskan diri dengan masalah yang ada. ingat,semua orang ada masalah mereka yang tersendiri. jadi, tangani masalah kita tu dengan sebaiknya.
car 3: kalau tak settle jugak, carilah teman rapat. luahkan kepada mereka. mintak pendapat mereka. tapi awas, ada rakan yang tak suka di bebankan. maksudnya, kalau anda bercerita bagai nak rak pun mnasalah anda, dia akan buat tak tahu saja. jadi, samapi kesudah masalah anda tak settle. carilah seseorang pendengar yang setia. cerita kat saya pun tak pa. sebab saya suka mendengar. hehe.
cara 4: bermunajat kepada ALLAH. bagi yang muslim la. yang bukan muslim, ikut cara agama anda. harus di ingat, ALLAH turunkan masalah kepada kita bukan sebab dia tak sayangkan kita. tapi sebab ALLAH sayangkan umatnyalah baru di turunkan masalah. dan setiap masalah yang di turunkan ada jalan penyelesaiannya.
cara 5: cuba menghiburkan diri. jangan terlalu fikirkan masalah itu. tapi tak boleh kalau tak fikirkan langsung. nanti tak settle langsung pulak. hehe. jadi, fikir biarlah berpada2.

semua ini cumalah cadangan saya. cubalah. mana tahu berkesan..hehe....